siapa cakap ?

May 24, 2013



dengan nama ALLAH yg maha pengasih dan penyayang~

ok,, first thing ! 
siapa ckap org yg berpurdah xleh bergaya?

second thing !
siapa cakap menutup aurat itu tidak boleh bergaya ?

the third is,, 
comel x cikgadis? huhuhuhu,, ececeh,, 
gurau saje,, 

oke,, sbenar nye,, entry ini hanya nak berkongsi rase,, 

rase sebagai seorang gadis yang ingin bergaya,, yang rase ingin cantik seperti insan lain,, 
rase ingin nampak mngikut trend semasa,, 
tetapi,, di dalam hati kecil, 
masih ingin nampak cantik yang mngikut garis panduan,, 
mngikut syariat,,, mengikut perintah ALLAH,, 

xsusah sebernanya ukhti-ukhti tecinta,, 
ALLAH xkan susah kan hamba2 nya,, islam itu mudah,, cuma kita sebagai hamba-Nya 
sahaja yg akan menentukan  same ade suruhan  itu senang atau tidak,, 
sebab itu lah ade di antara kita yang merasakan menutup aurat itu perkara yang mudah,, jadi,, 
dia dapat menutup aurat dgn sempurna,, 
tetapi,, ade juga yang merasakan menutup aurat seperti yang di perintah kan itu susah 
dan tidak relevan untuk cara kehidupan di era yang serba maju,, 

diantara dalil al-quran yang menyatakan kewajipan menutup aurat,, 



1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)


2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)


oke,, so,, xkira ape pun pandangan kita akan aurat,,
ianya tetap tidak akan merubah hukum menutup aurat itu sendiri, 

cuma kita kena ingat,, ALLAH itu cantik dan suka akan kecantikan,, 
jadi xsalah kalau kita mempercantikkan pakaian disamping itu,, kita tetap menutup aurat,, 
kan ukhti-ukhti syg,, 

sebenar nya,, dalam kita xsedar,, dengan menutup aurat itu sudah menjadi 
salah satu jalan dakwah kita,, 

contoh nye mcm ni,, 

situasi 1~
kita tutup aurat ,, i mean pakai tudung labuh,, 
tapi kita selekeh,, tudung comot2,, kedut2,, tudung ade pelbagai peta,,
agak2 org akan ckap ape? 
mesti org akan ckap,, 
" ei,,, tngok org tudung labuh tu,, pengotor nye,, "
dari situ,, minat org utk memakia tudung labuh seperti kita pun akan terbatal,, 

situasi 2 ~ 
kita pakai cantik2,, jubah ikut trend semasa,, *tapi masih menutup aurat dan melengkapi syarat2 islam*
pastu,, pakai tudung labuh,, pakai niqab,, pkaian kita bersih,, licin bergosok,, 
mesti orang yang melihat nye pun sejuk hati,, 
dalam hati dia mungkin akan ckap
" best nye kalau boleh pakai mcm dia,, sejuk hati tengok"
haaaa ! nampak x permainannya di situ?
huhuhuhu,, mcm tu la yang saya maksud kan,,

huhuhuhu,, panjang berjela ya,, 
xpe2,, nabi pesan,, 
sampai kan lah walaupun satu ayat,, 
jadi,, 
xkisah la ape pun tazkirah yang disampaikan,, 
asal kan kita ikhlas dan niat kerana ALLAH,, 
i'ALLAH,, ade ganjaran menanti,, 
walaupun sikit,, ianya tetap di kira,, 

kalau ade yang berminat nak tahu cara pakai tudung bawal ni,, boleh pm ya,, 
huhuhuhuhu,, 

oke lah,,, salam semua,, 





You Might Also Like

3 comments

  1. Salam perkenalan.. follow sini dari GA http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/05/first-giveaway-by-nurin-aireen-ieyra.html

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan. ^^ Moga terus istiqamah. Hijabista evolution based on syara' .. :D

    From : http://addinaisyah.blogspot.com/2013/05/first-giveaway-by-nurin-aireen-ieyra.html

    ReplyDelete
  3. jom join http://blog-threeinone.blogspot.com/2013/05/2-weeks-simple-segmen-by-hs.html

    ReplyDelete

sisunglybetty. Powered by Blogger.