tunggu aku menjadi solehah

August 31, 2013




ya ALLAH,, kadang-kadang hati ni cemburu bila tengok kawan-kawan lain yang lebih solehah dari diri ni,, 
kadang-kadang rasa tu mcm xboleh nak tahan, rasa nak jadi solehah jugak tu membuak2,, rasa 
macam nak tukar je diri ni dengan diorang, 

jeles bila tengok kawan-kawan yang solehah setiap hari 
sempat untuk dhuha,, sedangkan diri ni masih lagi xmampu untuk cukup dhuhanya 7 kali dalam seminggu, 
untuk cukupkan 4 hari pun dah lelah terasa,  itupun rasa mcm dah happy sgt sbb berjaya buat 4 kali dlam sminggu,

jeles bila tengok kawan-kawan yang solehah setiap kali solat, mesti diselangi dengan solat rawatib,
sedangkan diri ini hanya mampu buat ketika dua solat fardu di malam hari sahaja, banyak je alasan setiap hari, 
kononya , sibuk pergi kelas,, xsempat nak buat,, nak kejar masa sbb kelas pukul 2 ptg, takut lambat laa,
tapi kenapa kawan2 yang solehah boleh jer buat tanpa merungut, tanpa alasan sampai kan jadi sikap dalam diri,
ya. ini pun rasa dah cukup happy sbb buat jugak walau xsempurna, sbb apa? 
sebab tengok suasana sekeliling, rasa riak sbb aku mampu buat sedangkan kawan-kawan yg lain tak buat pun.
tapi diri ini lupa yang untuk melihat kejayaan yang dicapai jangan tengok org bawahan kita tapi tengok lah orang
 yang berada lagi tinggi pencapaian dari kita.

ya. jeles juga tengok kawan-kawan solehah yang setiap hari sempat untuk luangkan masa sepuluh minit untuk baca mathurat
sedangkan diri ini, nak baca setiap hari pun susah, baca bila rasa mcm dah lama sgt tinggal mathurat, 
baca bila rasa ade masa, dalam seminggu,,  boleh kira dengan jari brapa kali bukak mathurat, 
sedangkan baca yassin yang malam jumaat seminggu sekali pun baca tanpa hayati,, itupun baca yassin je, 
surah Kahfi? mmg xbaca sbb malas, hah? boleh bagi alasan malas, mcm mane nak jadi solehah, 
tapi itu lah, syaitan, bila nak jadi baik, ade jer dugaan dia, 

jeles sebab kawan-kawan solehah xbanyak ujian utk jadi baik sedangkan diri ini  sentiasa memanipulasikan keadaan untuk jadi sebab
kenapa masih belum jadi solehah, ya . memang xdinafikan nak jadi solehah susah kalau bukan dalam kelompok sekeliling bukan solehah,
sbb ape? kalau duduk dalam kalangan yang solehah, senang jadi solehah sbb mereka ade untuk ingatkan kita,
tapi bila tidak dgn mereka? susah, susah sbb kita yang kena ajak org lain, bukan org yang ajak kita. 
kita yang kena kuat kan hati untuk istiqomah.
al-mulk yang jadi amalan setiap hari baca dulu pun boleh ditinggalkan sebab kawan-kawan sekeliling xbaca, jadi kita pun malas nak baca.
salahkan kawan-kawan sekeliling sbb kita terpengaruh dgn mereka sedangkan salah sendiri.
diri ini mungkin lupa yang sepatutnya. jgn ikut org kalau org xbuat, tetapi ajak org untuk ikut ape yang kita buat.

disitu dah nampak yang diri ini masih belum sempurna untuk menjadi sperti gadis solehah yang lain.
mengharap kan yaNG soleh, tetapi diri sendiri? kerdil nya taraf dimata mereka,
ya aku ingin  berubah, menjadi yang lebih baik setiap hari, cuma kadang-kadang tewas juga di tangan syaitan 
ade hikmah kenapa aku inginkan yang soleh , kerana ALLAH nak sedarkan yang aku ini perlu menjadi solehah terlebih dahulu.

huh ! panjang nye. letih plak taip, oke lah, assalamualaikum *senyum*






You Might Also Like

4 comments

  1. hana pun kkadang2 fikir macam tu.. cemburu dengan mereka yang solehah (cemburu baik). tapi itu lah kita sendiri nak berubah tu memakan masa kot.. mungkin diorang dari dulu macam tu. yang kita ni dulu macam lain pastu nak berubah mungkin memakan masa kot.

    entah la.. hana selesa dengan diri hana sekarang..walauapun tak solehah sangat tapi kita tahu jaga batas2 kita kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe,, yg penting kena usaha menjadi yg lebih baik,,

      Delete
  2. Assalam..
    hurmmm sedih2. terasa macam kena kat diri. terima kasih . terinspirasi dengan tulisan awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni luahan hati saya huhuhuh,, xmaksud kan kat siapa2,, cuma alhamdulillah,, kita sama2 perbaiki :)

      Delete

sisunglybetty. Powered by Blogger.