awak nak saya atau dia?

February 10, 2014




 dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang 



ehem-ehem,, amik mood dulu sebelum nak menulis,, 

dah lama xmenulis,, bersawang blog ni,, berdebu,, berhabuk,, sepi sebab dah lama kene

tinggal dengan tuan dia,, punya la kuat berhabuk,, sampai selsema n demam2

tuan dia nak update,, *cool fever bertepek kat dahi sebab demam :(


okey !stop merepek untuk muqaddimah. 

sambung kepada niat sebenar nak menulis,, 

scroll balik naik atas, cuba klik gambar doodle tu,, tengok kluar x doodle kdua yang kita 

dah siap lukis,, thanx :p

hari ini,, terasa nak menulis tentang diri sendiri,,

 mungkin entry kali ini agak panjang yaa, harap bersabar dalam 

membaca kemerepekan kali ini

berkaitan dengan diri yang tidak seberapa berbanding bunga2 lain yang turut sedang mekar 

mewangi,, *cewwaahhh,, sastera :p*  juga untuk dia yang tak diketahui siapakah gerangannya. 

yup,, dia yang bakal genggam tangan abah untuk memikul segala sesuatu tentang aku :)




quotes dalam gambar tu " aku hanya gadis biasa " . ya ! hanya gadis biasa,, bukan wanita 

solehah dan bukan wanita yang tinggi budi pekerti akhlaknya. hanya gadis biasa 

kerana apa?

kerana seandainya solehah yang awak cari,, maaf itu bukan saya,, 

amalan saya mungkin tidak sesempurna wanita solehah diluar sana yang awak impikan,, 

mungkin rawatib dan qiam saya tidak begitu istiqamah sehingga mampu menandingi 

wanita solehah impian awak,, puasa isnin khamis bukanlah amalan tetap saya sepanjang

minggu seperti dia yang awak harapkan,, atau mungkin yang tinggi ilmunya? ohh tidak,, 

ilmu saya dalam agama hanya lah sekangkang kera jika dibanding dengan dia yang awak 

harapkan :( 


juga jika gadis lembut dan sopan yang awak cari,, huhuhu,, maaf juga,, saya bukan 

orangnya :) tutur kata saya,, tingkah perbuatan saya,, tidak lah selembut dia apatah lagi 

indah sperti sopannya dia  yang awak inginkan 

apatah lagi kalau awak inginkan gadis cantik dan manis sperti dia,, huhuhu,, jauh sekali,, 

itu bukan lah saya, inikan lagi gadis yang tinggi taraf keturunan seperti dia .


habis tu aku ini macam mane ya?

cukup lah aku simpulkan,, aku hanya lah gadis biasa yang ada kisah jatuh bangunnya,, 

ada kisah senyum tangis nya,, ada kisah baik buruknya,, 

gadis biasa yang baru belajar utk  berjalan dalam menghadapi dunia hakikat yang aku 

sendiri xtahu apa cabaran yang menanti,, yang masih mencari-cari tangan sasa yang sudi 

memimpin untuk mula berlari dalam 

berlajar untuk menghadapi semua ini



aku ini cuma seorang gadis yang inginkan seseorang yang mampu membawa aku kesyurga

mcm mane?

cukup la dengan awak yang boleh memimpin solat saya,, agama saya juga kehidupan saya,, 

awak yang sudi membetulkan kesalahan saya,, 

awak yang boleh mengajak saya melakukan kebaikan,, 

juga awak yang boleh membantu saya menjadi lebih baik berbanding 

sebelum ini,, 


saya hanya gadis yang ingin dibentuk,, 

yang rela diberi tunjuk ajar,, 

juga saya inginkan awak yang boleh menerima saya seadanya,, 

bukan lah awak yang menolak saya kerana saya tidak seperti yang awak impikan. 

tidak banyak yang saya minta,, cuma izinkan saya untuk menjadi yang lebih baik bersama awak 

dan terus menjadi bidadari awak di dunia dan diakhirat kelak <3


huh ! panjang menulis,, dah laaa,, sampai sini je,, 

yang baik itu dari Allah,, yang kurang itu dari tuan punya blog ini yang juga dari Allah 




 tulisangadisbosan 
10 febuari 2014
maaf kalau tulisan entry kali ini agak kecil

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.