gurauan cinta

July 12, 2015


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ceh, guna keyboard arab. Jangan amik port, bukan slalu taip guna Arabic.

Malam ni bosan tahap sampai kebintang, jadi nak share cerita sikit.

Cerita apa?
Cerita Relationship goals.
Yang aku duk doa2 semoga aku akan dapat relationship goals yg lagu ni.

AMARAN! Kisah ini adalah halal disisi agama! Tiada kena mengena dengan trend di Instagram, twitter, Facebook dan lain2.

SILA TIRU AKSI INI DIRUMAH!

Cerita dia cenggini.

Pada suatu malam yang damai lagi menenangkan, *tadi lah ni, saje nak over.
Sedang Anis yg comel molek makan dengan bonda dan ayahanda nya berlaku satu perbualan yang manis lagi bermadu.
Sweet gitew iolls.

Ibu  : kakngah pernah x makan kangkung mentah buat ulam?
Aku  : haa?? kangkung mentah? mcm xboleh terima dek tekak je.
Ibu   : sedap, ibu dari kecik makan macam ni. Abah pernah makan?
Abah: Kalau Kambing suka lah makan kangkung ni.
aku  : hahahha!

kemudian... kami makan dengan penuh nikmat dan kesyukuran.

Tiba-tiba!
Ada sehelai daun kangkung dlam pinggan aku, Ibu buat muka blurr mcm bukan dia yg letak.
Disebabkan aku xpernah tolak apa saja ulam yang dtg dlam hidup *kecuali pucuk betik, sebab pahit ya amat!* maka aku pun masukkan daun bertuah tu dalam mulut  dan kunyah hingga lumat.

Ermmmmmmm. Dengan muka selamber jugak aku amik dua tiga batang kangkung mentah tu. Sedap beb!

okey,, dah sampai kepada klimaks cerita ni, harap bersabar.

Ibu skali lagi buat muka xbersalah letak kangkung dalam pinggan abah. Abah pun sama je mcm aku, Abah pun try lah.

Then.........

Ibu   : Dengan ini, ibu mengisytiharkan yang abah kambing, sbb abah makan kangkung mentah.

Hahaha! aku pun lupa masa tu abah ckap mcm tu, baru lah teringat.

Abah   : Abah xkisah jadi kambing asalkan abah ada ibu jadi kambing sama2.

Awhhhhhhh. so sawit!
ini je cerita aku, tapi.....
Ibu dgn abah dah kawin 23 tahun but still masih sweet2,, masih gurau2 cinta.

Aku harap and berdoa yg aku akan rasa benda yg sama bila dah kawin 23 tahun nanti.
Mungkin bagi org lain cerita ni biasa,,tapi bagi aku, sweet sgt. Ini baru lah relationship goals!  Yang Halal gitew.

Itu aku xcerita lagi bab abah cubitkan isi ikan untuk ibu, pegang tangan masa jalan dan banyak lagi.

suwwitt sgt.

Dah lah, den nak tido. Babai,,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.