004 Cerita Tanpa Tajuk

December 01, 2016



So hai. Okay bukan hai. Its Assalamualaikum.

And again, cerita tanpa tajuk. And yes senang bila aku tulis terus tak ada tajuk. Senang aku nak merepek dan tak lari dari tajuk. Semua sesuatu yang terlintas kat kepala aku, aku akan tulis dalam notebook aku yang aku bawak gi mana-mana atau aku akan save dalam note phone aku yang kebiasaannya buat aku naik angin sbb terlalu banyak dan aku malas nak scroll and cari satu persatu.

Dulu, dulu masa kau tiba-tiba ada idea on apa-apa yang terlintas dalam fikiran aku, aku Cuma kembangkan dalam kepala, dengan harapan aku akan tulis semula balik nanti. Dan aku selalu lupa lepas tu apa yang aku dah kembang kan pada awalnya. Sampai satu saat, aku terbaca tweet seorang penulis ni *aku lupa siapa* dia pesan suruh bawak buku nota kecil gi mana-mana. Dan aku cuba praktikkan.

Berjaya. Aku tak lupa dan aku senang nak recall balik apa yang aku dah tulis. Aku cuba tulis setiap sesuatu yang aku suka, yang aku nak jadikan isu. Kalau handbag aku kecik aku akan tulis dalam apa-apa resit yang ada dalam purse aku. Aku akan bawak pen kemana-mana sahaja. Okay actually, bukan aku bawak, Cuma dalam setiap beg aku aka nada pen sebatang aku bawak. Incase aku nak guna untuk apa-apa atau tiba-tiba ada orang mintak nombor aku ke. Heh! Haha.

Aku suka menulis, terlalu suka menulis. Dalam penulisan, aku dapat jadi diri sendiri yang aku xada kekuatan nak pamerkan pada orang sekeliling. Yeah, kat twitter, aku suka merepek meraban sorang-sorang. Aku suka bercerita dan aku suka kongsi cerita, tapi bukan in reality dengan orang yang baru aku kenal. Tak pun sebenarnya. Fakta sebenarnya sebab aku tak ramai kawan sebab aku paling susah nak berkawan. Yang bestnya, bachelor party nanti aku xpayah buat ramai-ramai sebab aku tak ramai kawan rapat.

Aku ni jenis spesis yang lack of communication skills. Aku susah untuk berkomunikasi. Bukan maksud aku mcm cakap kat depan ke apa sebab masa dip dulu presentation aku slalu markah penuh je sebab aku present okay. Cuma aku punya confident level rendah. Aku gagap. Ya, dalam bahasa mudahnya aku gagap dan susah nak susun ayat melayu aku. Biasanya aku akan cakap mcm keling, ayat entah terabur nak gi mana pun aku tak tahu. Mungkin sebab aku membesar kat Kelantan, aku menggunakan loghat Kelantan sebagai bahasa ibunda selama 6 tahun, dan after that, aku jadi lambat pickup bahasa melayu, bukan tak reti cakap, Cuma ayat dalam kepala aku terlalu laju nak keluar, semua berebut nak keluar. Tu yang ayat berterabur gila.

Bila menulis, aku boleh susun ayat aku elok-elok. Tak ada yang berebut nak keluar. One by one. Smooth. Maybe sebab aku pun ada cita-cita nak jadi seorang penulis satu hari nanti. Kira okay lah first try aku Berjaya. Cerpen aku ada dalam cinta hipster lejen press. Dan kerana menulis tu lebih mudah dari aku menyusun ayat yang aku sendiri mana hujung pangkalnya. Dalam aku menulis tak ada yang nak membangkang saat aku tengah-tengah mengarang. Orang akan habiskan baca atau tak baca langsung. Mudah bukan. Aku puas sebab aku tak perlu tapis-tapis apa ayat yang aku nak sampaikan.

Aku letih hidup dengan memendam rasa, dengan ayat-ayat yang aku nak sampaikan tapi akhirnya ayat tu mati dalam kepala aku macam tu je. Sebab aku tak ada peluang atau tak ada yang mendengar. aku nak dalam hidup aku, aku boleh bagitau apa yang aku rasa tanpa ada orang yang arahkan boleh atau tidak. Aku cuba nak ubah, supaya aku lebih confident nak komunikasi dengan orang lain. Supaya ruang circle sekeliling aku boleh berkembang dengan jalan percakapan bukan dengan penulisan. Dan aku susah nak ubah benda tu dengan orang-orang sekeliling aku yang dah terbiasa dengan aku yang macam ni.

Semoga satu hari nanti, aku dapat orang yang suka bercakap, supaya seimbang dengan aku. Yaa dia suka bercakap, banyak cerita dan aku boleh kembangkan dengan penulisan aku. Supaya dua-dua jalan tu semakin kembang kan?

Sia-sia je korang baca benda ni sampai habis sebab sebenarnya tak ada yang manfaat pun dalam entry kali ni. Hahah lol!

Selamat malam awak-awak semua.

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.