Warna Warni Si Hodoh : Teman Bicara.

August 09, 2017

Bismillah.

Maaf ya kalau entry kali ni mcm tetiba ada gambar assalamualaikum mcm kat atas ni. Ini semua gara-gara teknologi terlalu maju sampai entry boleh di update melalui phone. Dan kerana terlalu maju, aku tak pandai nak buang benda alah kat atas ni dekat html code. Sbb ni aku buat entah zaman bila xtahu. Kalau guna laptop, dia xterbit dan wujud seperti ini.

Maafkan aku kalau ianya agak menganggu.

Mungkin dia perlu ada disitu sebagai penganggu supaya aku ada point untuk intro. Sekian. Haha

Aku malas nak bukak laptop utk tulis entry yang tak dibaca orang ini. Jadi, biarlah ianya ringkas, effortless dan terkubur dekat sini. Simple dan menyenangkan aku. Haha.

Aku download blog dekat phone sbb phone dah xmuat nak download twitter. Memory dah terlalu full. Sedih. Kalau bukan sebab full, maka tak terwujud lah entry ini. Itulah kisahnya, sebab aku nak meluahkan something dan aku tak punya tempat maya untuk meluah, apatah lagi manusia yg berfigura untuk mendengar. Sobs sobs.

Mungkin sebab aku sejenis manusia yang tak berapa mudah berkawan dgn orang lain dan aku sejenis yang tak suka berkongsi cerita buat aku rasa sunyi kadang2.
Dan sebab aku xramai kawan, aku jadi clingy dan agak bergantung dgn org yg aku rapat. MasyaAllah susahnya bila jadi mcm ni. Sebab secara fitrah dan lumrahnya sebagai manusia biasa, ada masa aku memerlukan manusia sebagai pendengar. Tapi... Aku xmampu nak sempurnakan fitrah yg satu ini. Hahaha.

Kadang2 aku nak ada yang sudi dan rela mendengar bila aku perlukan. Yang boleh ada bila2 masa aku perlukan. Aku ada banyak cerita, terlalu banyak cerita yang aku nak kongsikan.
Tapi.... Hahaha.
Hahaha.....
Hahahaha.....

Asalnya dulu, aku suka share cerita dgn org yg paling rapat dgn aku atau zaman jahil dulu, pasangan cinta monyet aku. Setiap hari ada je benda aku cerita. Masa tu zaman budak. Xmatang lagi. Bila dah besar ni, baru aku sedar, yang.... Makin kita besar, makin banyak cerita-cerita yang tak terluah yang kita simpan dan akhirnya dilupakan.

Contohnya, something berlaku hari ni, aku nak share, aku taip panjang2, dan dipenghujung taip-an aku tu, dengan sendirinya aku sedar.

"Duhai diri, tanya semula diri kau, adakah insan ini betul-betul okay bila kau nak share semua ini. Atau adakah dia betul2 kisah untuk tahu semua ini. Atau hanya kau sahaja yang ingin berkongsi tanpa ada balasan untuk mendengar?"

Akhirnya aku simpan cerita tadi, menanti mana tahu akan ada masa-masa akan datang yang sesuai untuk aku berkonsgi rasa. Dan semakin lama, semakin aku tak nampak bayang "masa sesuai" tu. Haha. Dan benda ni buatkan aku teringin jadi kanak-kanak kembali.

Yang aku boleh ke sekolah, pagi-pagi lagi time beratur...

"awak awak, nak tahu tak, semalam kan abah kita beli kfc kat kita"

"Owh yeke. Bestnya awak. Kita semalam mak kita masak ayam popcorn. Tapi kita nak jugak kfc, nanti kita nak mintak papa kita belilah."

See, rasa tu dikongsi tanpa ada rasa serba salah memikirkan akan ada pihak yang bakal mendengar atau tidak. Tapi bila kita dah besar?

Senyuman, tangisan, kemarahan, kekcewaan, bingung dan segalanya tu kita hanya mampu simpan dan rasa sorang-sorang.

Bukan xnak berkongsi, tapi bila ada sesuatu, tak kan nak cerita kat kawan2 yang belum tentu ikhlas nak dgr, apatah lagi nak cerita dekat family yang mungkin boleh mendatangkan kerisauan dan lain2. Nak share dekat media sosial? Mcm twitter fesbuk apa smua tu? Itupun kalau boleh, kalau ada yg dengki dgn kita, ada yg xsuka kita tulis atau ada yg xizinkan haa mcm mana?

Dan dalam hati kecil aku ni juga, mengharapkan ada sesorang yang aku boleh kongsi segalanya tanpa aku perlu serba salah. Ada seseorang yang boleh jadi peneman bicara aku, mendengar, respon dan ada bila-bila masa je untuk aku. Haha harapan je lah.

Kalau lah terkena aku dapat teman hidup yang bukan jenis suka mendengar cerita2 dan khayalan2 serta dongengan aku ni, mungkin seumur hidup, aku perlu simpan,  hadam dan lupakan semua sesuatu yang aku ingin kongsikan.

Hmm, apa point entry aku kali ni pun aku xtahu. At least aku puas sbb dapat menulis.

Dah lah. Bye

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.