Bazar Ramadhan VS Bazir Ramadhan

June 26, 2015

Assalamualaikum

okey, dah lama nak hapdet blog, tapi malas sgt lah menguasai diri. Semakin hari, anis diselubungi rasa malas yang semakin berleluasa bermaharaja lela!
Mohon doakan anis semakin rajin. *hampuk kepala kat dinding.
btw, sis payung gambar sis sambut iftar anniversary ibu abah baru ni.

okey, back to the point for today. Bazar ramadhan VS Bazir ramadhan. Macam ni cerita dia, selama 6 hari berpuasa sebelum ni, Anis masih suci dari makanan2 bazar, smua masak sendiri. Ada dua hari makan kat luar sempena Hari Bapa and aku sesaja nak blanja ibu abah sempena anniversary diorang hari tu. Bukan apa xnak pergi bazar, teringin jugak nak rasa meriahnya bazar ramadhan ni, bukan slalu ada, setahun sekali je. Eheh, actually aku rasa bazar ramadhan ni sebenarnya sama je dgn pasar malam, pekan sehari, pasar tani, pasar lambak dll. Yang beza nya cuma bulan dia je, dia jadi meriah sbb kita tgh berpuasa and ramai2 yg bekerja, xsempat masak, so beli je. Senang.

Okey smbung pasal aku pergi bazar. Alkisahnya mcm ni cerita dia aku boleh gi bazar hari ni, aku ckap dgn ibu, ibu jom kita gi bazar ramadhan, kkngah teringin nak makan roti john, kalau kuih lain kita boleh buat sendiri, kalau roti john kakngah xreti. then lepas abah balik masjid solat asar, ngaji2 kejap, then pergi lah ke bazar. Nak ckap yg aku ni xbernafsu pergi bazar, 2 bazar dekat mersing ni aku pergi, tapi xde pun yang aku berkenan kat hati dan perut yg tengah main gendang dari lepas zohor.
tapi roti john tu aku beli lah, abah dgn ibu pun xtahu nak makan apa, padahal ada macam2 makanan.

okey dah, abaikan pasal selera aku yg xbernafsu dekat bazar, sekarang aku nak ckap pendapat aku yg tetiba bermain diminda dan jiwa aku. Tadi aku beli nasi kukus lauk ayam, harga dia,, perghhhh gua ckap lu, rasa mcm xberbaloi gila. Rm7 kot. Maybe pada org lain biasa, tapi bagi aku yg xbrapa nak kaya sgt ni, kira mahal arr jugak. actually xde lah mahal sgt pun, cuma aku berkira demi kekenyangan perut kesayangan ni. Kalau beli utk aku, ibu, abah makan dah Rm 21 .

Aku sebenarnya bukan apa, aku cuma terfikir, antara duit rm 21 tu aku beli nasi kukus yg xseberapa dgn aku masak sendiri dekat rumah yg penuh dgn rahmat kasih sayang, pahala dari Allah, Aku rasa rugi sangat, sbb aku suka memasak, jadi aku rasa mcm tu.Rm21 tu, shopping barang dapur sikit dekat giant ke, pasar ke, Dah boleh masak memacam benda. Orang lain tu aku xkisah lah, hang suka makan kat luaq ka, suka beli kat bazar ka. Cuma bagi aku, rasa rugi sgt, aku dapat letih, then balik aku bukak puasa, komen makanan tu sedap ke x, tu je.

Kalau aku masak sendiri, lepas berbuka, dgr komen abah, biasa nya abah akan puji. Ahakz! harus lah puji, mau merajuk aku kalau abah kata xsedap. Abah xpuji pun xpe, sbb abah makan bertambah. Sedap lettuw. hahaha.

Dan dear bakal husbeng nanti, jgn bising if bini you ni xminat sgt beli makanan kat bazar, if you nak makan, you beli lah, tapi makanan i masam you kena habis kan! okey? 

Jadi, aku nak nasihat kan orang2 yg membaca ni, *kalau ada org baca lah* kalau kita pergi bazar Ramadhan. Boleh nak beli apa yg kita terliur tapi, mohon fikir 150juta kali okey? sama ada nafsu yg tgh order makanan atau kita hamba Allah yg nak kejar syurga yg sedang order makanan tu. Kalau perut yg hakiki order, nescaya kita digelar pembeli dibazar ramdhan.
Kalau hawa nasfu yg order, nescaya kita adalah pembazir yg sedang membeli di BAZIR RAMADHAN!

INGAT! *eh eh,, lupa nak off caps lock*
Ingat! fikir dulu sebelum beli, jangan kita tergolong dalam golongan yang xsepatutnya. Dah elok2 Allah gari syaitan bulan2 posa ni, jangan kita duk gatai2 ak jadi bff dgn diorg pulak. Nak jadi sahabat diorang.

Kalau x, sia2 kita bangun dari sahur duk baca Al-quran, tapi kita xamalkan apa yg Allah ajar dalam Al-quran. Allah dah warning dalam Al-quran kan?
Ayat ke berapa? ni hah �� Surah Al-Isra' ayat 27. hah, pi belek sekarang! Tengok Allah warning apa.

dah lah, dah nak isyak ni, cheq nak pi terawih. panjang sgt dah duk bebel ni.
assalamualaikum.

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.