002 cerita tanpa tajuk

November 08, 2016


. بسم الله الرحمان الرحيم
#sisuglybetty
 _ 08112016


Jam sudah menunjukkan tepat pukul 5 petang dan aku masih belum menunaikan kewajipan aku sebagai seorang hamba. Aku menapak sendirian ke surau berdekatan. Surau itu kelihatan lengang dari luar kerana aku sendiri dapat melihat yang cuma beberapa pasang kasut yang di letakkan di rak. Aku memberi salam dan masuk ke dalam surau.

Tiga orang remaja aku lihat sedang duduk sambil menghadap gajet kecil ditangan mereka, dan dua ibu yang duduk di sudut kiri dan kanan surau. Seorang ibu muda cantik duduk di sebelah kanan sambil mencuci makeup nya dan bayi perempuan yang sangat comel di pangku ribanya. Manakala seorang ibu muda di sebelah kiri bersama dua anak lelaki kecilnya yang kelihatan berumur tiga-lima tahun.

Tudung aku buka sambil merenggangkan ikatan rambut aku yang sudah seharian berikat kemas sambil memerhati gelagat mereka yang berada di dalam surau itu. Penutup muka dan tudung aku diletakkan elok di tepi dan tuala kecil yang aku bawa kemana-kemana itu aku keluarkan untuk mengelap muka selepas berwuduk. Telinga aku menangkap bunyi agahan kecil dari remaja-remaja perempuan kepada bayi comel itu. Ya, bayi itu sungguh comel. Kalau ikut hati aku, merah pipi bayi tu aku kerjakan atau aku gomol. Bayi itu mengekek ketawa.

Apa yang lagi menarik perhatian aku untuk terus memerhatikan mereka ialah, ibu bayi tersebut. Bayi yang dipangku di riba it uterus di angkat dan si ibu memalingkan bayi nya kearah lain sambil menunjukkan reaksi tidak senang. Seakan-akan perbuatan remaja perempuan itu bakal menjejaskan penglihatan bayi itu mungkin, atau mencederakan bayinya itu.

Terus aku terlintas di hati aku “kedekutnya akak ni, budak-budak tu bukannya nak buat apa pun, Cuma nak main dengan anak dia je”. Remaja-remaja itu tergamam dan terus mengundur kebelakang sambil menyambung aktiviti mereka sebelum itu. Aku menganggap mereka sudah pun solat dan berniat untuk berehat di surau itu mungkin menanti aktiviti mereka seterusnya atau sedang menanti sahabatnya yang lain.

Minat aku terhadap bayi dan gelagat remaja itu terus terhenti dek kerana tindakan dari si ibu bayi tersebut. Aku mengambil wuduk dan mulakan solat. Di rakaat ketiga, solat ku terganggu dek tangisan bayi comel yang tidak henti-henti. Dari apa yang aku perasan, selepas aku siap berwuduk ibu bayi itu juga turut berwuduk. Jadi aku menyangka bahawa dia sedang solat dan bayi itu menangis mungkin kerana dia tidak dipangku oleh ibunya. Ya, solat aku sangat lah terganggu dan aku tidak dapat kusyuk. MasyaALLAH, haha apa lah nak jadi dengan iman aku ni.

Okay sambung citer, di dua sujud yang terakhir, tangisan bayi itu sudah tidak kedengaran. Ibu nya sudah siap solat tebak aku sendiri. Aku menyudahkan solat aku dengan tertibnya dan aku terus memandang kearah kanan surau. Bukan ibu bayi itu yang memberhentikan tangisan kuat sebentar tadi, tetapi remaja perempuan bertiga sebentar tadi. Kelihatan seorang dari mereka mendukung bayi tersebut dan dua sahabatnya mengagah bayi tersebut supaya berhenti dari menangis. Ibu bayi itu masih solat.

Aku melipat telekung dengan senyuman kecil di bibir. Manusia, ya yang namanya manusia itu selalu termalu dek perbuatan sendiri. Tidak dapat disangkal lagi hal ini bagi aku. Yang di marah dan tidak disenangi itu lah yang memudahkan si ibu tadi menyempurnakan solatnya. Jika bukan remaja tadi, mungkin bayi itu akan terus menangis teruk dan terus menganggu kami yang berada di dalam surau itu sehingga siap solat si ibu.

Si ibu menunduk malu mengucapkan terima kasih kepada tiga remaja itu kerana telah mengasuh bayinya sementara dia sedang solat. Remaja itu membalas dengan senyuman ikhlas tanpa menyimpan sedikit pun kecil hati terhadap ibu tersebut.

Ya, aku memahami, mungkin anak itu satu anugerah dan hadiah dari Allah membuatkan kita sayang dan takut akan sebarang kemungkinan yang akan terjadi kepada anak kita, tapi, anak juga mungkin satu hikmah dan peringatan dari Allah untuk para ibu bapa di luar sana.

So please, kitorg Cuma nak main-main dengan anak kalian je sebab anak kalian comel. Kira okay apa kitorg tertarik dengan anak kalian, itu maksudnya anak kalian comel. Bukan nak culik pun, tak payah lah gelabah sangat nak kedekut okay?
­ Haha lol.

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.