001 cerita tanpa tajuk.

November 05, 2016




Aku ni nak dikatakan sombong tu tak, Cuma aku ni jenis susah nak berkawan atau lebih mudah nya, aku ni tak berapa reti berkawan. Kalau aku berkawan, aku akan berkawan sungguh-sungguh, Cuma nak mulakan aku tak berapa nak reti. Jadi, aku banyak habiskan masa aku sendirian. Dekat kolej pun aku duduk bilik sorang-sorang sebab dulu aku ada jawatan, jadi aku memang mohon untuk sikitkan ahli rumah aku supaya aku dapat duduk bilik sorang. Sama lah bila aku sambung ijazah, aku menyewa, aku tetap cari bilik single, tak kisah lah kalau kena bayar lebih. Aku tak kisah nak berkawan dengan semua orang, Cuma aku tak berapa reti untuk ada orang 24jam sama dengan aku, aku kekok.

Okay, atas tu intro je, aku sebenarnya nak cakap pasal aktiviti kegemaran aku bila aku sorang-sorang. Aku paling suka mengenangkan benda-benda yang aku dah iktiraf jadi kenangan. Bukan aku jenis yang tak move-on, Cuma aku suka ingat semula, aku suka recall balik apa yang aku rasa masa terjadinya kenangan atau satu-satu memori itu sendiri.

Dan kadang-kadang, bukan semata-mata kenangan yang manis muncul, tetapi juga kenangan yang aku cuba hapuskan. Tipu lah kalau dalam hidup sesorang tu dia tak ada kenangan yang paling dia benci yang dia cuba lupakan, nak cuba hapuskan, nak cuba lari dari kenangan yang akan sentiasa kejar dan menghantui hidup orang itu sendiri. Kan? So aku pun sama, aku pernah melalui saat paling buruk dalam hidup aku yang bagi aku, itulah benda paling buruk Allah pernah nak uji aku.

Bila aku ingat kenangan tu, aku akan rasa marah, sedih, kecewa, rasa macam putus asa nak tengok terangnya matahari dan indahnya pancaran terang bulan. Buat aku rasa aku benci dengan diri sendiri. Tapi aku terpaksa lalui. Senyum dibibir tapi menangis membenci dalam hati. Sampai satu saat, aku macam nak pertikaikan kerja tuhan. Kenapa Dia bagi aku lalui semua tu, tapi kenapa tidak orang lain.

Sehingga satu hari, aku duduk termenung dekat hentian bas kat Melaka, dekat Melaka sentral, aku tunggu bas yang selepas asar baru nak berlepas sedangkan aku sampai disitu awal pagi dengan harapannya konon nak naik bas pagi, tapi tiket habis. Tapi tak apalah, aku boleh je tunggu, sambil main phone, sambil aku tengok orang kiri kanan. Dan sehingga lah ada pakcik sorang duduk tepi aku, juga bawak beg besar nak naik bas juga lah kot.

Dia tegur aku, tanya aku pasal belajar, pasal family. Dan berbakul nasihat jugak lah dia bagi aku masa tu. Cukup penuh lah satu beg besar aku dengan nasihat dia. Haha. Dan dalam banyak-banyak yang dia cakap, ada satu point dia yang buat aku tersentap dan mula rasa bersyukur.

“Nak, sementara muda ni, bersyukur lah kalau Allah tu uji dengan macam-macam perkara *dia cakap ni sebab aku cakap aku frust tiket tak ada so aku kena duduk situ berjam-jam* sebab satu hari nanti keluhan yang anak keluarkan tu lah yang anak akan hargai dan bersyukur. Ingat. Allah tu tak akan biarkan kita ni lalui sesuatu tu saja-saja macam tu. Pakcik dah tua, dah banyak makan garam, sekarang bila pakcik dah semakin tua, baru lah pakcik Nampak apa hikmah disebalik ujian yang Allah bagi itu. Lagi-lagi anak yang belajar tinggi-tinggi ni, lagi banyak Allah akan uji masa nak belajar nanti. Belajar juga untuk menghargai setiap yang Allah dah bagi kita lalui tak kira pahit tak kira manis.”

Ya, selepas itu, aku yang terkesan dengan kata-kata itu nampak dimana rasionalnya setiap perkara yang berlaku. Dan dari situ aku belajar untuk melepaskan rasa sesak benci aku pada kenangan-kenangan pahit negri yang aku pernah lalui. Aku belajar menerima, menukarkan rasa dari benci kepada satu rasa yang aku sendiri tak tahu nak namakannya. Bukan aku tukar jadi suka, haha macam pelik lah pulak kalau gitu. Takkan lah aku nak suka kat kenangan pahit tu pulak kot.

Cuma aku belajar untuk hadam semula rasa pahit tu satu-satu, mencari hikmah yang aku terlepas pandang. Aku cuba tenggelam kan diri aku semula dalam ingatan kenangan yang datang tu supaya aku tak perlu melalui fasa yang sukar tu berkali-kali untuk kemudian harinya. Kalau aku boleh settled kan cari hikmah tu cepat-cepat, senang lah diri aku lepas tu, sebab kalau kenangan tu datang balik, aku dah tak terlalu sukar untuk duduk sekejap, ingat semula, dan tukar kepada ingatan yang lain.

Jadi, aku cuma nak share, mungkin boleh jadi satu solusi untuk korang. Yang aku sendiri yakin korang juga akan ada pengalaman yang sama dengan aku dalam mengawal situasi kenangan pahit yang datang menerjah. Even kenangan pahit kau putus cinta sekalipun, kalau kau hayati hikmah dari kejadian tu, mungkin dari kau yang biasa menangis ingtakn kekasih lama boleh bertukar menjadi gelak ketawa dek kebodohan atau kecuaian kau atau dia sehingga end up nya korang jadi macam tu.

Ingat lagi sekali, bila sesuatu yang pahit tu datang, jangan di benci, jangan di tunjukkan amarah. Tetapi, cuba hayati dan tukar lah segalanya dengan sesuatu yang kau seorang je boleh rasai kemanisannya.


Percayalah cakap aku, kau akan berterima kasih pada kenangan buruk itu satu hari nanti. 

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.