003 Cerita Tanpa Tajuk
November 23, 2016
بسم الله الرحمان الرحيم
#sisuglybetty
_23112016
Saban malam telefon bimbit si dara
itu sakan berteriak. Minta di jawab. Meminta perhatian. Deringan demi deringan
tidak mengira waktu. Tidak mengenal erti terbit matahari atau gelapnya malam.
Yang dia tahu, dia mahu si dara ada dengannya walau dengan hanya berstatus
teman.
Saban waktu, telefon itu penuh dek
kemasukan pesanan demi pesanan di aplikasi whatsapp. Tidak cukup di situ, di
terjahnya di wechat, juga di telegram, malah di laman instagram juga tidak
ketinggalan di laman burung biru. Ucapan selamat malam tidak pernah di lupakan saban malam.
Malah pagi si dara di mulakan dengan ucapan selamat pagi dari nya.
Manis. Sentiasa manis pada setiap
sentuhan darinya. Setiap bait darinya. Buat si dara jatuh cinta, buat si dara
leka dalam rasa. Buat si dara makin rindu, semakin rasa diperlukan , semakin rasa
di hargai. Ruang-ruang dalam hatinya penuh dek nama si dia. Setiap harinya di
penuhi dengan senyum dan gelak ketawa jenaka dari si dia.
Panggilan yang asalnya sekadar nama,
berubah kepada panggilan yang istimewa. Ingin lagi manis bilang si dia.
Persoalan tentang sayang dan rindu sentiasa kedengaran. Semakin melenturkan
tembok di hati si dara yang pada awalnya menahan diri dari jatuh cinta. takut
nanti kecewa.
Dan hubungan itu
makin berterusan, dengan kemanisan yang semakin membunuh. Membuatkan hati lemah
si dara tak mampu untuk bertahan dari terus jatuh cinta. Dan hatinya juga yakin
yang si dia juga merasai perkara yang sama dengannya. Setiap tindak si dia
cukup untuk menceritakan segalanya. Cukup bagi si dara meyakinkan hati sendiri.
Dan ini
membuatkan senyuman si dara makin lebar. Semakin manis dan lebar.
Mana tidak nya, dicanang sana sini oleh siteruna bertapa beruntungnya dia dapat berkawan dengan si dara. Malah telah diperkenalkan sekali kepada ahli keluarga.
Sehinggalah malam itu,
telefon si dara senyap dan sunyi. Buat si dara tertanya-tanya. Kemanakah si
dia? Maka bermula misi pencarian kepada jawapan di hati si dara. Setiap laman
yang menghubungkan mereka dijenguk. Akhirnya, jawapan yang dicarinya muncul.
Dan cukup untuk mengubah setiap sesuatu yang dibina si dara.
+ owh, pergi mall tak ajak saya yaa *muka
senyum
+ dating lah tu. Sebab tu tak
nak ajak saya. Haha kan?
Tebak si dara
bergurau.
-Ehh. Mana tahu ni?
-Awak kat mana? Nampak saya ya sekarang?
Cukup. Tak perlu
dipanjangkan lagi. Cukup untuk hati si dara tersentap.
Muka si dara
tunduk memandang kakinya, dahi semakin berkerut, anak mata itu mula berkaca,
bibir bawahnya di gigit menahan esakan. Senyuman manis saban hari itu diganti
dengan basahnya birai mata. Riak wajah si dara semakin mendung menahan lebatnya
air mata. Dan sekuat mana pun si dara menahan tangisannya, akhirnya dia kalah.
Air mata itu jatuh juga membasahi pipi yang kelihatan comel ketika senyum
menjadi hiasan.
+ haha. Cctv. Tak apa lah awak,
saya tak nak ganggu awak dating. *masih muka senyum.
+ nanti kalau dah kantoi baru
tahu. Lol.
-Haha. Tak ganggu lah awak.
-Kantoi? Haha. Alaa dia tahu saya berkawan dengan awak.
Jangan fikir bukan-bukan. Dia okay lah.
+ haha. Takpelah. Saya tak nak
ganggu, fokus pada yang ada depan mata okay? *kenyit mata.
-Okay.
Perbualan itu
terhenti di situ. Cukup untuk si dara menghadam dalam-dalam setiap maksud
disebalik semua ini. Andai si dia tahu bagaimana basahnya air mata dipipi si
dara ketika menyusun ayat, ketika emoji senyuman menjadi pilihan. Andai si dia
tahu….
Dan bantal si
dara itu menjadi saksi sekali lagi bagaimana lebatnya tangis si dara. Tangisan
itu di lepaskan dengan penuh pernyiksaan. Tanpa ada sedikit pun bunyi esakan.
Dan sekali lagi,
tanpa perlu di beritahu jelas, si dara itu kembali membaiki tembok besar yang
kini sudah berkecai. Dan sekali lagi dia perlu bangun dari jatuh tak
terbangunnya dia.
0 comments