# Satu : Bukan cinta Adam Dan Hawa.

November 27, 2016


BAB 1
Saban petang, taman permainan yang kebiasaannya menjadi tempat kegemaran bagi kanak-kanak turut riuh dek kehadiran dua manusia ini. Muhammad Amirul Adam dan Qistina Humaira. Taman  itu saksi kepada proses pembesaran mereka, dari seawal kanak-kanak berhingus hingga kini yang sudah meningkat dewasa. Disitu lah tempat kegemaran mereka. Tempat mereka mengambil angin selain dari tempat membeli mewah di sekitar Kuala Lumpur.
Tambahan rumah mereka berdepan antara satu sama lain. Ditambah lagi dengan ibu-ibu mereka yang sudah menjadi ahli kelab gosip datin-datin taman perumahan mereka, makin bertambah, darab bahagi tolak apa semua lah bila bapa-bapa mereka yang menjadi ahli tetap kelab golf terkemuka di Kuala Lumpur yang saban hari juga sibuk membincangkan tentang perniagaan dan saham-saham mereka.
Hubungan mereka semakin hari semakin rapat, rumah Amirul sudah dikira menjadi rumah Qistina dan rumah Qistina juga sudah dianggap sebagai rumah Amirul. Hubungan rapat mereka itu berlasndaskan prinsip, susah senang kita bersama, rahsiamu rahsiaku jua.
Selepas habis peperiksaan Sijil Peperiksaan Melaysia, masa mereka semakin banyak dihabiskan diluar, hampir setiap hari, gedung-gedung membeli belah di Kuala Lumpur menjadi tempat berehat mereka. Orang kaya, mudah lah, duit ada, kereta ada. Tak ada apa yang perlu dirisaukan.
Saat matahari mula condong kearah barat, Qistina dan Amirul sudah tahu jadual mereka. Taman permainan tempat kesukaan mereka perlu dijejak sebelum pukul 5setengah atau salah seorang dari mereka yang lambat perlu mengeluarkan duit untuk belanja siapa yang datang awal.
Qistina yang sudah siap dengan loose top dan skinny jeans hitam yang dipadankan dengan Nike Roshe berwarna pink asyik membelek jam. Jam tangannya sudah menunjukkan jam 5.40 petang.
"Senget betul mamat hitam ni, asyik aku je yang nak kena tunggu dia. Tak serik agaknya kena tembak dengan bebelan aku" ngomel gadis kecil molek yang sentiasa dapat perhatian mata-mata jejaka di setiap tempat yang dikunjunginya.
"Assalamualaikum, weyh budak, kau sorang je ke hari ni? Mana pakwe kau yang asyik berkepit dengan kau setiap masa tu?" Tegur lelaki yang ditangannya terdapat skateboard berwarna hitam metallic ditarah dengan tulisan 'ajiq'.
Qistina tidak membalas, malah jelingan maut yang dihadiahkan. Qistina bukan jenis gadis liar yang senang untuk berkawan dengan lelaki yang baru dikenalinya. Bagi dirinya, hanya Amirul sahaja kawan lelaki yang buatkan dia selesa untuk bersahabat, malah Qistina juga merupakan satu-satunya kawan perempuan dalam hidup Amirul. Sehinggakan ramai yang menyatakan mereka itu pasangan couple kerana kemana-mana sahaja pasti sentiasa bersama.
"Aduhh duhh duhhh. Dia jeling pulak dah. Weyh, aku tanya sebab pelik tengok kau sorang-sorang, bukan nak kacau kau. Kau bukannya cantik sangat pun nak perasan yang lelaki macam aku ni cuba nak usya kau. Aku dah lama nak tegur kau, aku jiran kau, anak Uncle Hamdan. Nama aku haziq, aku.."
Tak sempat dia menghabiskan katanya, sudah berbunyi dengusan kasar dari Qistina.
"Weyh, Mirul, senget arr kau! kau kat mana? Ni mesti kau tengah buat taik mata kan? Aku penat dah tunggu kau, aku datang lepak rumah kau boleh? Ni hah, ada mamat sewel mana tak tahu malu tegur aku. Aku otw gi rumah kau, suruh kak iti buat air weyh. Aku dahaga." Qistina berlalu pergi meninggalkan haziq begitu sahaja. Jelingan tajam juga sempat diberikan kepada haziq yang termangu dek kerana katanya yang dipotong.
Haziq menghantar Qistina pergi yang sedang berlari-lari ayam dengan pandangan dan senyuman segaris dibibir.
"Yang susah dapat tu lah yang aku makin semangat nak cuba" monolog hati haziq.

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.