oh no! i'm serious!

December 05, 2016




Okay, assalamualaikum and hai!

Untuk beberapa hari ni, aku jadi terfikir untuk kembali aktif dan serius dekat blog walaupun aku tak tahu berapa ramai yang akan baca atau yang ambil kisah dengan blog aku. But yeah, I’m trying. Mana tahu dengan aku aktif semula menulis kat sini aku boleh jana income aku semula macam dulu-dulu. Haha, kalau korang Nampak iklan kat blog aku tu, rajin-rajinlah klik kan untuk aku. Tambah saving aku. Haha.

Dan, aku ada impian, impian untuk menjadi seorang penulis. Tapi aku tak ada bakat dan keyakinan diri untuk mulakan semua tu. Jadi blog adalah salah satu medan yang aku boleh guna kan as a thing untuk aku luahkan apa yang aku nak orang lain baca. Tanpa ada paksi atau terikat dengan apa-apa jenis dan peraturan untuk aku menulis. Aku rasa, aku tulis dan aku kongsi.

Lepas ni aku akan cuba cari masa untuk buat menu tab kat sidebar atau kat atas blog untuk menyenangkan reader blog aku baca apa yang aku dah tulis. Mungkin selepas ni aku akan bahagikan blog kepada empat bahagian penulisan.

1.       Cerita tanpa tajuk.
- cerita umum yang aku karang tak kira samada cerita tu kisah benar atau kisah khayalan aku. Tak kisah lah panjang mana, tapi ianya umum. Sebab tu aku kelaskan sebagai cerita tanpa tajuk sebab aku tak mendefinisikan tajuk apa atau genre apa cerita yang aku karang tu. Jadi senang aku kelaskan kan dia sebagai sesuatu yang umum.

2.       Cerita handal seorang hamba.
- sama seperti di atas, Cuma lebih berkisar tentang ketuhanan.

3.       Puisi tanpa nada
- yeap, seperti yang dah tertulis. Ianya puisi. Dan ya, puisi. Haha tak ada point nak cakap apa.

4.       Warna warni si Hodoh
- penulisan tentang apa yang aku rasa, bersoalkan isu semasa atau apa-apa isu yang aku nak komen, yang aku nak bebelkan, atau apa-apa yang aku rasa aku nak tulis. Anything. Tapi ini bukan rekaan sebab ini datang dari aku sendiri.

Okay, sepatutnya ada bahagian untuk novel. Tapi aku tak tahu sama ada aku nak teruskan tulis novel ciptaan aku tu atau tak. Kalau aku rajin, aku akan publish kan kat blog, kalau aku malas, ianya akan sekadar terkubur sepi dalam folder laptop aku sahaja.

Jadi please duhai pembaca yang sudi membaca. Jangan pernah boring dengan aku dan satu yang pohon, please tekan bintang dekat korang punya tab phone atau laptop supaya korang sennag nak cari blog aku dan baca. Okayh?

Doakan supaya aku ada banyak masa untuk buat blog ni Nampak menarik. And doakan juga supaya one day, blog ni akan memberi aku manfaat yang aku tak sangka-sangka. Mana tahu nanti aku boleh keluarkan buku aku sendiri. Kan?
K lah, babai. 

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.