Warna Warni Si Hodoh : Confess?

December 06, 2016


CONFESSION.

 “ saya harap kalau saya cakap ni, kita akan tetap berkawan macam biasa”. Nada gadis itu terhenti.
“ saya sebenarnya….” Mencari kekuatan untuk meluahkan rasa.
“ saya suka awak”.

***

Ringkas. Tiga perkataan yang Nampak mudah untuk di susun menjadi askara tetapi hakikatnya sukar untuk diluahkan, dikirim dan dinyatakan dalam keadaan minda sedar dan waras!

Satu baris ayat yang boleh memakan masa bertahun lamanya di simpan dan di peram dalam-dalam. Atau mungkin boleh memakan masa seumur hidup seseorang itu. Dan tak dinafikan, ada yang Cuma mengambil masa seminggu dua untuk meluahkan ayat ini. Terpulang pada diri masing-masing. Dan, aku rasa tak mustahil ada yang menyimpan kemas ayat ini sehingga dah anak dua, atau mungkin dah kembali menjadi bujang selepas berkahwin.

Satu baris ayat jugak yang boleh mengubah keseluruhan hidup seseorang itu samada dalam sedar atau tak. Ada yang mendapat kehidupan yang lebih baik daripada yang asalnya sebelum meluahkan atau sebaliknya menjadi sesuatu yang lebih buruk. Itu tak termasuk kes bunuh selepas cinta ditolak. Kes rogol sebab balas dendam cinta tak dibalas. Yang paling menyusahkan bila lepas kau luah ayat tu, dan kau bunuh diri!

Kalau kau bernasib baik, mungkin kau akan dapat apa yang kau idamkan. Insan yang dicintai untuk dimiliki atau mungkin lepas tu, kau sudah pun dapat apa yang kau impikan. Mana tahu sampai ke jinjang pelamin. Sampai beranak pinak, bercucu. Atau sampai hujung nyawa kau. Disebabkan keberanian kau nak lafazkan ayat tu.

Atau, kalau kau malang, kau akan dapat sebaliknya. Kau akan hilang orang yang kau dah lama suka atau kau sayang. Kalau kau jenis yang tak malu, mungkin kau tak akan hilang dia lepas kau dah luahkan. Tapi kalau tak, maka akan hilang lenyap lah dia dari hidup kau. Yang lebih buruk lagi bila hilang nya dia, pergi sekali dengan segala keyakinan dan keberanian yang kau ada selama ini. Pergi dan mati terus dari hidup kau.

Tak guna betul ayat tu!

Yang lagi berat bagi aku, bila mana kau seorang perempuan dan pemalu. Kalau kau tak tahu malu nak confess, kau duduk diam-diam. Penulisan ni bukan untuk kau. Bukan senang nak kumpul segala keberanian dalam diri kau yang kau ada. Nak di cantumkan jadi satu benda as a dinding penguat supaya kau boleh lafazkan benda tu lancar tanpa ada sekatan seperti line internet E dikampung-kampung dan hutan-hutan. Aku akui benda tu, bukan mudah dan bukan lah susah sangat pun. Tapi berat bagi aku.

Macam mana benda tu akan sentiasa ada dalam fikiran kau. Samada nak lafazkan atau tidak. Samada kau perlu rendahkan martabat kau sebagai perigi yang mencari timbanya. Bayangan-bayangan buruk yang akan terjadi lepas kau dah lafazkan tu satu hal lagi.

Kau perempuan, dan kau yang mengaku kau suka dulu. Come on. Bukan benda simple kot! Kalau kau bernasib baik, lelaki Cuma akan reject kau dan akan cuba buat benda tu sebagai satu benda yang tak akan buat dua-dua pihak rasa tak selesa. Kalau nasib kau malang, mungkin kau akan di tolak dan akan di labelkan dengan gelaran yang kau sendiri tak nak dengar atau kau tak pernah terbayang.

Dalam hidup aku, aku tak pernah amik risiko untuk mengaku yang aku suka kat lelaki tu. Tak pernah. Aku takutkan penolakan. Setidak-tidaknya, bila aku pendam, aku tak akan lalui fasa penerimaan yang mana orang tu tak suka aku dan dia bukan milik aku. Aku masih boleh suka dari jauh, memiliki walau hanya dalam bayang-bayang. Dan yang penting, aku tak akan pernah hilang dia secara mutlak dalam hidup aku. Ya lah, kalau kena reject,  dia putuskan hubungan kawan, bukan ke lagi sedih? Jadi, lebih baik aku pendam dan suka dari jauh.

Sehingga satu saat, aku ada kekuatan, aku ada semangat untuk meluahkan walaupun aku tahu hakikatnya dari awal yang aku bukan setaraf dengan dia dan mungkin kami berbeza. Tapi aku letih, letih hidup dalam penyiksaan memendam rasa dan menangis sendiri bila tengok satu hari dia tiba-tiba dah berpunya. Jadi, aku amik keputusan untuk meluahkan. Supaya aku tak menyesal kemudian hari, dan mungkin boleh jadi pengajaran kat aku supaya aku serik untuk meluahkan. Ya, bagi aku, diri kita ni kadang-kadang perlukan sedikit pengajaran supaya dia serik dan taubat untuk buat benda tu kali yang kedua.

Dan ya, aku luahkan.

*nantikan sambungan untuk entry ni di bahagian kedua.

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.