Warna Warni Si Hodoh ; Confess Bahagian 2.

December 09, 2016


Assalamualaikum!

Oh hai again.

Okay entry ini adalah sambungan kepada entry yang sebelum ni. Kalau tak baca yang sebelum ni, boleh klik ini dan korang akan dipaparkan dengan entry yang sebelum ini. Yang mana berkaitan dengan luahan rasa suka, rasa cinta dari pihak perempuan. Yang mana juga, aku baru lakukan baru-baru ini. Pertama kali dalam hidup. Yeap! Wuhhuuu! Tahniah sis *letupkan belon* (baca dengan nada sendu yang di sembunyikan).

Ya, aku confess, dengan smooth nya. Hahah tahniah again! Aku cakap aku suka dia, tapi aku bukan cakap macam tu je. Aku dah fikir masak-masak kot. Tiga hari berturut-turut aku buat semayang hajat supaya kalau betul dia jodoh aku, mudahkan jalan aku nak kat dia. One night ni, aku confess. Cakap aku suka dia. Yah, memang aku suka dia pun, at the first sight.

Ini kali pertama dalam hidup aku, aku nak tackle lelaki. Nampak macam desperate gila, but I’m trying my best. Aku tak ada kawan lelaki, aku tak dikenali dan aku tak suka dikenali. Oh tak,  sebenarnya aku jenis yang tak reti nak berkawan, aku jenis yang tak suka berkawan dengan lelaki. Dan pengalaman bercinta aku Cuma baru dua kali. Yang pertama aku bercinta untuk tempoh 6 tahun dan yang second, around setahun setengah. This year, aku dah umur 22tahun. Bagi ibu abah, aku dah perlu cari lelaki untuk aku kahwin. Sebab ibu dulu umur 22tahun dah bertunang dengan abah dan, kahwin umur 23tahun and mengandung pada umur 23tahun jugak.

So di pendekkan cerita, aku tak nak kawin dengan pilihan orang lain, aku nak kawin dengan pilihan hati aku sendiri. Berkahwin atas dasar sayang, aku nak pengalaman perkahwinan sekali seumur hidup aku ni jadi satu pengalaman manis dalam hidup aku. So that means, aku nak rasa semua tu dengan orang yang aku sayang. Dan benda ini mendorong aku untuk aku confess.

Dan……. Taraaaaaa! Aku confess dan tak dapat jawapan. 

Maybe no kot. Hahaha! *nangis*

Tiga hari aku amik masa untuk fikir balik benda ni. Dan aku rasa macam bangga dengan diri aku, sebab sekurang-kurangnya aku dah confess dan aku dapat pengalaman berharga ni untuk hidup aku walaupun sekali. Kalau aku tak cuba, aku akan dihantui dengan rasa menyesal sebab aku tak cuba. At least bila kau cuba, Mana tahu rezeki aku kalau orang tu suka kat aku balik. Miracle right? Kalau aku tak cuba, aku pendam rasa, syok dari jauh. Macam loser. Dan aku tak nak benda tu jadi. Sebab bagi aku, dia lelaki paling sempurna yang aku pernah jumpa. Why not aku try. Tak try tak tahu kan?

So girls out there! Why not korang try? Tak letih ke memendam rasa? Tak letih ke jadi peminat dalam diam. Apa tunggu lagi? Confess. Tak salah kalau kita melanggar adat, sebab kalau nak tunggu orang yang kita suka tu tahu kewujudan kita, tahu perasaan kita dengan sendiri nya entah bila lagi.

Ehem! Aku tahu, korang takut kalau kena reject kan? Chill lah, paling tidak pun nangis sekejap sebab sedih orang tu tak nak kat kau. Aku pun nangis sekejap je. Percayalah cakap aku, diri kita ni tak akan serik selagi mana kita tak rasa benda tu sakit dan memedihkan. Contoh, kalau korang terpegang wayar yang ada elektrik, kalau korang tak pegang korang tak akan rasa sakit kena elektrik tu kan? Tapi bila dah rasa, korang tak akan pegang dah sebab dah tahu kat situ ada elektrik. Apa ke gila nya lah kalau korang gi pegang lagi saje-saje suka-suka!

Jadi bila dah confess, kena reject, korang nangis, sedih, dari situ proses move on tu akan berjalan dengan sendiri. Sebab korang dah tahu dia tak nak korang, jadi lebih baik angkat kaki kan? Serik tu akan ajar korang untuk bangun berdiri semula tanpa toleh kesakitan tu lagi. Kat situ jugak korang akan sedar dengan sendirinya yang buat apa nak dekat orang yang tak nak kat korang. Sekurang-kurangnya korang tak buang masa lama suka kat orang tu sedangkan ada orang lain yang boleh korang bagi peluang untuk bahagia kan korang.

Dan aku amik masa tiga hari untuk fikir. Kalau dia tak nak aku, yeah, apa aku boleh buat. Kalau korang nak tahu crush aku ni bagi aku macam bintang, terlalu tinggi untuk dicapai apatah lagi berdiri sama tinggi. Jauh bezanya aku dengan dia. Haha nak buat mcm mana sebab dah suka tanpa sengaja. Ceit! Gelinya ayat aku ni. Kalau dia nak kat aku, kira macam keajaiban gila lah. Tapi aku dah tak letak apa-apa harapan sebab…. Hahah aku jenis yang sedar diri kot.

Tapi satu benda yang aku belajar, bila kena reject, kita akan Nampak kekurangan kita berbanding gadis-gadis idaman dia. Kekurangan tu buat aku sedar yang aku ni tak sempurna dan terlalu kurang dari semua sudut. But nevermind. Aku boleh ubah benda tu tapi bukan untuk dia atau siapa-siapa. Untuk diri aku sendiri supaya one day nanti kalau bukan dia yang Nampak aku, ada orang lain yang akan Nampak aku. Bukan aku yang baru, tapi diri aku yang sedia ada Cuma yang jauh lebih baik . Atau mungkin satu hari nanti dia akan menyesal sebab dah reject aku bila dia tengok aku time tu *gelak jahat* haha bongok! Aku gurau je.

Untuk gadis yang sedih kena reject kat luar sana, come on, kita perempuan kot, kalau kita kena reject dengan dia tak bermakna kita tak cantik, tak pandai, tak ada karisma. Cuma dia bukan orang nya. Not the right one untuk kita yang Nampak segala kekurangan kita tu sebagai satu kelebihan bagi dia. Stop nangis, cantikkan diri, penuhkan diri dengan ilmu. Jadi diri sendiri yang paling terbaik kita boleh jadi. Dan tak payah peduli dah pasal dia atau lelaki lain lagi, bagi diri kita masa untuk diri kita sendiri. Supaya korang boleh hargai diri korang tu semula.

Aku tahu bukan senang nak buang rasa suka tu macam tu je. Jadi terus amalkan konsep serik aku tu. Korang cuba habis-habisan, sahabis usaha yang korang mampu, dan kalau dia reject jugak, nanti korang akan serik dengan sendiri. Tengok jelah nanti. Aku pun tengah try ni. Put my best effort on him. Nanti aku dah letih syok sendiri, aku berhenti lah. Masa tu kalau dia nak kat aku pun aku tak pandang dah! Ececehhhh berlagak betul aku ni, mentang-mentang lah aku tahu dia xbaca blog aku! Haha!

Btw ingat cakap aku ni,  yang terbaik akan datang juga. Nanti.

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.