Warna Warni Si Hodoh : Azam Tahun 2017 !

January 02, 2017




Assalamualaikum! Yeay akhirnya ter-update  jugak blog aku untuk azam tahun baru aku. Aku plan nak update blog dari 29/12 hari tu lagi. Tapi aku tangguh , tangguh dan tangguh. Sampai lah ke saat aku menaip ni. Orang yang pemalas nak update blog macam aku je akan rasa yang satu benda yang paling leceh bila nak kena on laptop, connect internet, bukak home blog,  then menaip lagi satu hal, cari gambar untuk entry, check typo, tanda baca. Pastu baru bloeh post. Actually tak susah pun. Cuma aku yang bagi alasan dan malas.  And yes! Here we go! My AZAM tahun 2017.

Untuk tahun 2106, bagi aku tak ada lah tahun yang sangat best bagi aku tapi cukup lah untuk buat aku besyukur dan aku rasa happy untuk semua yang berlaku. Sapa yang duk cakap mcm pasal 2016  tu mohon dia bawak2 bernafas dan bersyukur untuk semua yang terjadi tak kira baik atau buruk. Ingat! Setiap yang berlaku ada hikmahnya okeh!

Aku sebenarnya lupa apa azam aku yang aku nak tulis. Ini sekadar azam umum aku. Aku tulis supaya satu hari nanti, pada tarikh yang sama tapi tahun yang berbeza , aku dapat tengok semula entry ni dan banding kan siapa aku yang dulu dan aku yang tengah baca entry ni akan datang. Itupun kalau aku tak mati lagi lah hahaha.

Okay  jom sambung.
large (5).jpg
First sekali, EDUCATE MYSELF.
Selepas apa yang aku lalui pada 2016, aku rasa dan sangat merasai yang aku perlu lebih lagi educate myself. Because nerd is sexy. Hahaha no lah, Cuma aku rasa, aku perlu jadi seorang wanita yang lebih berpengetahuan luas sebab masa ni lah aku nak cari banyak-banyak ilmu or informasi sebelum aku kahwin. So that bila aku dah ada anak, aku boleh terapkan segala benda yang aku tahu untuk anak aku. Aku nak bakal suami aku seorang yang berpengetahuan tinggi, so aku kena lah start educate diri aku dulu untuk dapat yang educate. Sekufu gittew! Haha and aku rasa, orang yang berpengetahuan tinggi ni akan Nampak lebih cantik. Kan? Ke aku sorang je rasa?

Aku nak improve my English skills, my Arabic vocab and aku akan pastikan 2017 ni aku akan jadi fasih cakap arab. Sbb bagi aku, semua orang boleh pandai and fasih speaking in English, tapi tak semua orang mampu and boleh bertutur dalam bahasa arab dengan jayanya. Cewwwaaahhh ! actually aku rasa susah sbb nak communicate dengan lecturer aku susah sbb English diorg pun low jugak. Haha.

Aku jugak nak improve my business skills. So that aku boleh Berjaya dengan bisnes aku, sapa yang nak sokong bisnes aku, boleh follow aku dekat INSTAGRAM/ CEKELATBUNGA.CO.

Btw, ni aku share link untuk how to educate yourself. Aku akan try praktikkan. Sapa nak cuba boleh cuba .

Second, BOOST UP MY CONFIDENCE LEVEL AND SELF ESTEEM.
Yaaaa, benda ni sangat lah penting bagi aku. Sbb benda ni mmg kelemahan aku. Lemah gila tahap gaban nak mati! So tahun ni aku berazam untuk lebih confidence and believe in myself for anything that I’ll do. Aku cuba untuk tak paranoid sangat dengan semua kelemahan2 aku. Haha so tahun ni aku akan start berperang dengan dalaman aku! Malas nak ulas panjang point azam yang ni. Jom baca yang next.
large (2).jpg

BE BEAUTIFUL.
Yes! Benda ni aku kena seriously usaha. Sebab kalau aku nak jadi confidence, aku kena yakin dengan diri aku sendiri so, ini antara usaha yang aku perlu buat untuk rasa yakin!

Start with my skincare routine. Actually sebelum ni aku jenis yang xsuka pakai skin care products sbb aku takut kulit rosak, so aku Cuma pakai benda yang kampung-kampung mcm bedak sejuk, kayu manis dan sama waktu dengannya. But start ujung tahun 2016, aku dah berani try products yang ada kat pasaran and aku rasa benda tu okay dan tak lah begitu memudaratkan. And yes, aku cuba teruskan. Sbb aku jenis pemalas sikit. Setiap hari aku Cuma pakai cleanser, moisturizer. Dua ni je,sebab aku malas. So lepas ni aku cuba istiqomah untuk pakai semua benda yang aku dah beli. Semoga anis lebih gigih!

Then, I really need to lose my weight. OMG! Aku gemuk. So aku sangat2 lah perlu kurus supaya aku boleh beli semua baju yang aku rasa aku akan Nampak lebih cantik bila pakai. Seriously aku kena tekun. And aku nak kawin, so kalau gemuk, siapa lah yang nak kat aku, aku dah lah tak laku. Hahaha ! semoga aku boleh capat berat yang aku nak! Lepas ni kena cuba eat clean dan lebihkan workout. 45Kg! chaiyok anis! Yukenduit!

Next, MAKE A SAVING !
Tahun 2017 adalah tahun yang aku nak penuhkan tabung aku! Tahun ni aku nak focus kukuhkan business  aku. So korang cepat lah gi follow ig aku dan buat tempahan dekat aku sekarang, beli untuk hadiah birthday ke, untuk awek ke, utk kawan ke, bff ked an lain-lain. Okeh? So tahun ni aku kena kurangkan shopping! Semoga aku boleh tahan nafsu shopping aku yang asyik menyetan je! Aku ada banyak benda yang aku nak kena beli, so aku kena start menabung !

Masalah paling besar dalam hiudp aku ialah aku suka mmbazir beli berang yang aku tak perlu sekadar untuk puaskan mata aku yang tengok, dan aku suka beli barang yang aku xboleh guna. Aku xbeli baju ke makeup ke apa, aku suka benda yang comel-comel, yang boleh jadi hiasan bilik. Mcm bakul comel2 dekat daiso, wallpaper hanging frame, lilin, dan banyak lagi benda merepek yang lain! Doakan aku jugak nanti bakal laki aku suka belikan aku benda comel2 dan warna pink! So aku boleh jimat duit aku. Hahahhaha!

Then….. BECOME SOMEONE!
Untuk azam kali ni, semoga tahun 2017 ni , cita-cita aku untuk nak jadi penulis tu tercapai lah. Semoga juga segala manuscript yang dah berhabuk dalam laptop aku boleh dikeluarkan dan diguna pakai. Doakan aku !
And, aku jugak plan nak try active dengan youtube. Mana tahu boleh tambah income aku kan. Aku nak try upload video dekat insta dulu, and baru nak try kat youtube. Satu lagi, aku kena rajinkan update blog so one day nanti, aku akan ada pembaca setia blog aku sendiri. Andddddd…… income ads aku ! hahahaha!

Actually banyak lagi, tapi aku dah malas nak taip, so, kalau aku rajin, aku sambung part 2 even tak ada sapa peduli pasal azam aku. Hahaha okay lah. Sampai sini je. Babai!




You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.