Cerita tanpa Tajuk : kosong

April 13, 2017





بسم الله الرحمن الرحيم
13 April 17
11:45pm

dalam terketar-ketar, tangan gadis itu menari mencoret tulisan, meluah rasa hati dalam kabur mata yang basah dan bengkak kerana air mata. Dia tak mahu lupa setiap sesuatu yang terjadi malam itu, dia mahu ingat semuanya. Sekali lagi sejarah hidupnya berulang setelah lagi dan lagi itu datang dan pergi.

Dalam pekat malam itu, hanya tulisannya sahaja yang mampu menjadi pendengar setia saat dia tak rasa dia punya tempat untuk meluahkan segala kekecewaan yang dia ada. Dia tak punya, dia Cuma gadis biasa yang Nampak ceria dan kuat di luar, tapi saat sukar, dia xpunya siapa melainkan tulisan dan bait kata-kata.

Dalam pekat malam itu juga, dipekuk muka ke bantal, disorok sendu yang tak ingin kedengaran. Dia perlu kuat kembali, tapi esakan itu makin jelas kedengaran, setitis demi setitis air jernih kekecewaan itu membasahi cadar bantal. Esakan itu buat dia makin jelas, makin sedar, bahawa Yang Esa itu punya kuasa segalanya, menentukan saat bahagia tukar jadi duka sekelip mata.

Si gadis itu tak menyalahkan masa, manusia apatahlagi nasibnya, mungkin ini semua karma untuk dia. Atas segala dosa yang belum terhapus dari Yang Esa, buatkan bahagia dia tak kekal lama. Gadis itu terima, gadis itu redha. Dia tak punya kuasa menentukan segalanya. Dia Cuma hamba yang penuh dengan dosa.

Buat Pencipta, hadirkanlah, hadirkanlah walau sekecil-kecil kebahagian yang si gadis itu boleh simpan selamanya, walau sebesar zarah. Gadis itu tahu dia punya bergunung dosa, tapi hamba biasa, yang ingin merasa bahagia.

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.