CERITA HANDAL SEORANG HAMBA : KEBAHAGIAAN

April 12, 2017




بسم الله الرحمن الرحيم



Kadang2 aku sedih, aku tertanya-tanya.

Kenapa, kenapa ALLAH tu selalu tarik bahagia yang di bagi aku kat aku, bahagia yang aku impikan, yang aku inginkan, yang aku selalu angan-angan kan. Sampai ada masa, aku doa, “ya Allah jangan kau tarik kebahagiaan sementara yang kau kurniakan pada ku ini. Kekalkan aku dalam indahnya bahagia ini.”

Ya, sampai aku perlu berdoa. Sebab aku rasa aku terlalu ingin bahagia ini jadi bahagia yang berpanjangan. Ada masa, Dia hantar bahagia itu melalui berita, kadang-kadang dengan sesuatu yang aku terlalu inginkan. dan yang paling aku suka, bila Dia hantar aku manusia sebagai alat kebahagian untuk aku. Manusia yang banyak mempengaruhi senyum dan ketawa harian aku. Tapi, selalunya tak lama, ianya Cuma singgah, beri bahagia dan ditarik kembali menjauh dari aku. Ianya selalu tak kekal lama. Ianya Cuma sementara.

Ada ketika, aku berdoa, merintih, merayu supaya kekalkan aku dalam bahagia yang aku impikan ini, tapi seakan-akan doa aku terhijab, tak didengari, manusia itu Dia tarik dari hidup aku. Kesedihan itu membuatkan aku rasa menangis itu satu solusi indah untuk melegakan aku.

Dan aku selalu anggap kebahagian sementara aku ini bagaikan mimpi, ianya datang di malam hari dan aku terpaksa bangun dan hentikan mimpi tu kerana realitinya siang hari. kalau lah aku boleh tidur terus sebab indahnya mimpi, aku berharap untuk tidur buat selama-lamanya.

Aku nangis, nangis, nangis dan nangis. Sampai aku rasa aku tak mampu, dan aku redha. Aku tahu, Dia tahu yang terbaik untuk aku, aku tahu, Dia ada yang lain untuk aku. Aku tahu, Dia nak ajar aku yang semua yang Dia bagi tu tak akan kekal lama, dan tak selamanya milik aku. Lepas satu demi satu yang Dia bagi, dan Dia tarik kembali, buat aku kuat, buat aku bersedia untuk menghadapi sekali lagi dan lagi kehilangan yang aku tak tahu bila kesudahannya.

Aku tahu ya Rabb, aku tahu Kau sediakan yang terbaik untuk aku. Seandainya bahagia kecil ini milik aku ya Rabb, aku mohon, aku mohon mudahkan segalanya dan jangan tarik ianya kembali dari aku.


12 April 2017
6:39pm

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.