CERITA HANDAL SEORANG HAMBA : CORETAN.

March 28, 2017


 [ بسم الله الرحمن الرحيم ]
0025. 29/03/17


Saat aku menulis ni, aku tak ada menulis tanpa tujuan. Aku sendiri tak tahu apa yang aku cuba nak sampaikan. Perkataan tu umpama pasir kat tepi pantai, terlalu banyak, sarat, bertindan, pelbagai, tak berpunca mana permulaan atau pengujung. Aku Cuma menaip atas rasa yang aku cuba kongsikan. Rasa yang aku sedang lawan hebat di dalam diri. Rasa yang aku tak tahu apa gambarannya.

Sampai satu saat, aku tak kuat nak hadapi ujian yang Dia bagi, aku rasa aku tak mampu nak hadapi, tapi aku tahu Dia tahu aku mampu. Sampai satu saat, tangan aku ketar, kaki aku lemah. Aku xmampu nak berkongsi, aku tak mampu nak berdiri. Aku jatuh terduduk yang aku rasa jatuhnya aku saat ini, jatuh tak terbangun.

Air mata bagaikan kering sekering Sahara. Kering pada maknawi basah pada hakiki yang aku tak Nampak. Aku menangis di dalam, menangisi apa yang aku perlu hadapi sekarang. Yang perlu aku hadapi akan datang. Yang bakal aku ratapi setelah menjadi kisah silam. Aku tak mampu nak berkata redha dalam hati, berat.

Aku cari manusia yang di cipta untuk aku pujuk hati aku untuk redha, aku cari, aku minta diselami, minta difahami supaya ada kata-kata yang boleh jadi halwa deria telinga aku. Dalam ketar, aku cuba taip apa aku rasa, apa aku alami. Tapi aku silap, aku hanya mampu cakap aku sedih nak menangis, tapi air mata aku kering, setitik pun xmampu gugur. Tapi aku sedih.

Bila sampai masa aku nak lelap mata, aku cari Dia dalam sujud. Bertapa bongkaknya aku sebagai hamba, aku cari yang dicipta sebelum Sang Pencipta. Aku seakan-akan tak berakal waras dalam berfikir. Seolah aku lupa, Dia yang menguji, Dia jugalah yang memberi. Bila aku cuba selami diri aku sendiri dalam sujud, aku seakan-akan hilang. Aku hilang dalam rasa bahagianya difahami. Aku tak perlukan figura untuk aku luah mengadu, cukup aku luah pada Dia.

Bahagia tu aku xdapat nak kata. Air mata aku tiba-tiba seperti bah besar yang melanda. Basah. Mata aku basah tanpa aku perlu berkata-kata mahupun mengadu. Sebab aku tahu, aku tak perlu bicara merintih, Dia tahu. Dia tahu semua, hatta yang belum terlintas di hati aku. Aku menangis teresak, aku cuba cari hikmah dalam ujianNya. Tapi aku tak jumpa, aku tahu, ada yang terbaik untuk aku, Cuma aku belum tahu. Dan rasa bahagia aku ini bukan kerana aku Nampak dan aku terima segalanya. Cuma aku bahagia, aku rasa lega, kerana akhirnya, aku rasa aku difahami. Aku tak perlu bersuara, tapi aku tahu Dia mendengar.

Dan rasa ini membawa aku untuk menulis, biar tak difahami, biar tak ada yang ambil peduli, sekurang-kurangnya aku lega, sebab aku dah lepaskan apa yang aku rasa.

Cuma satu, kau ada Dia yang memahami segalanya.

You Might Also Like

1 comments

  1. .·´¯`(>▂<)´¯`·. hmmm.... sedihnya baca entry kali ini.

    ReplyDelete

sisunglybetty. Powered by Blogger.