Warna Warni Si Hodoh : Kebaikan Perkahwinan Pilihan Keluarga

January 20, 2017


21 Jan 2017.
Assalamualaikum and hi there! 
Yaaaa akak ugly betty disini iolls!

Hari ni aku nak tulis topic yang agak berat sedikit. Tentang kebaikan dan keburukkan berkahwin dengan lelaki/perempuan pilihan keluarga mengikut legit akal seorang Anis. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia okay? Ini hanya lah tulisan kerdil dari dalam hati aku yang paling dalam sekali. Haha pergh! Intro aku ayat ala-ala bunga-bunga gittew!

Zaman-zaman remaja aku adalah zaman yang membesar dengan novel-novel cinta cliché. Zaman aku menghabiskan masa dengan khayalan indahnya cinta selepas perkahwinan seperti yang dah disogokkan kepada aku melalui tulisan-tulisan dan bacaan demikian. Jalan cerita yang semuanya seakan-akan sama. Bergaduh, kahwin dalam keadaan terpaksa, kena tangkap basah, kahwin pilihan family yang dua-dua tak suka satu sama lain. Yaa itu lah jalan cerita yang jadi buku sejarah aku dalam 9/10 tahun yang lepas. Zaman-zaman aku baru mengenali apa itu cinta monyet dan bla bla bla.

Dan tak lupa juga dengan kempen-kempen islamik kat sekolah dulu yang membawa isu “ Cinta Selepas Nikah”. Aku pulak sekolah perempuan sahaja, lagi banyak kitaorg di dedahkan dengan bahagianya dan bertapa Berjaya serta sucinya prinsip itu. Yaa, aku tak nafikan kebernaran fakta-fakta yang diperkatakan bila dikaitkan dengan dosa, hukum-hukum dan adab-adab seorang Islam, tapi bila aku meningkat dewasa [Lah konon] aku Nampak wujudnya kebaikan dan keburukan utk benda ni. Maksudnya, berkahwin dengan pilihan keluarga, dan bercinta selepas nikah. Semakin aku besar, aku boleh Nampak benda tu dengan rasionalnya. Sisi baik dan sisi buruk yang buat aku fikir dua tiga kali untuk menyokong mahupun membantah.

Okay, aku nyatakan antara kebaikan dan keburukan yang aku Nampak, ini hanya lah pendapat aku okay? Nanti kang orang cakap pulak, ‘orang yang tak kawin lagi ni lagi banyak nasihat pasal kahwin berbanding orang yang dah kawin’ ‘dgr nasihat dari orang single lah’ bla bla bla……

Btw jap, aku nak cakap pasal benda ni, APA MASALAHNYA KALAU ORANG SINGLE NASIHATKAN PASAL KAWIN? Omg, lupa off caps lock. Hahaha, apa ingat orang dah kawin je ke boleh nasihat pasal kahwin? Ya, sebagai seorang yang belum berkahwin, bagi aku, aku boleh memberi kan pendapat dari sudut pengalaman sebagai pemerhati, melalui pengalaman melalui di dalam situasi orang yang sudah berkahwin menyelesaikan masalah dan lain-lain. So apa masalahnya? Masing-masing ada hak kan? Kalau tak nak dengar, diam sudah! Jangan nak bising xnak dengar lah apa lah. Haha tetiba emo!

Okay, sambung semula.

KEBAIKAN BERKAHWIN DENGAN LELAKI/PEREMPUAN PILIHAN KELUARGA:-

i.                     Pilihan dari ibubapa sendiri khususnya.

Ya, pilihan yang korang perlu terima itu adalah langsung dari keputusan parents korang, so itu mungkin adalah pilihan yang terbaik. Haruslah yang terbaik mungkin, sebab itu pilihan yang terbaik dari ibubapa kita sendiri. Tak kan lah seorang ibu mahupun bapa tak nak yang terbaik untuk anak-anak dia kan? Mesti lah dia nak yang terbaik di antara yang terbaik dan yang paling sempurna di mata dia untuk kita kan? Haruslah kan macam tu? Dia sayang kita, jadi dia tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai anak yang dia lahirkan dan dah besarkan dengan kudrat diorang sendiri. Mesti calon-calon yang diorang dah pilih tu ada kelebihan yang diorang suka sampai diaorg buat keputusan untuk jadikan si fulan/fulanah itu sebagai seseorang yang akan manghabiskan masa seumur hidup nya dengan kita kan? So the point here is, pilihan itu langsung terus dari ibu bapa, maka ianya mesti pilihan yang terbaik bagi mereka.

And yes, point ini tak boleh diguna pakai kalau kehidupan korang seperti drama/telemovie2 yang biasa kita tengok di layar skrin. Yang kononnya pilihan bakal menantu itu dibuat atas dasar dan niat-niat tertentu disebaliknya. Contohnya mcm nak selamatkan syarikat lah, bayar hutang lah, bla bla bla, aku malas nak kupaskan benda ni. Korang gi tengok drama petang2 atau malam kat tv3 sendiri okay?

ii.                   Restu Keluarga

Okay, ini antara benda besar paling penting yang setiap perkahwinan perlukan. Restu dari ibu bapa kedua-dua pihak yang ingin berkahwin. jadi, bila kita berkahwin dengan pilihan mereka, sudah tentu-tentu restu dan doa tu sentiasa ada dengan kita sepanjang masa. Aku sangat berpegang teguh kepada point restu ni, sebabnya, tak semua orang rasa restu ni penting dalam perkahwinan yang mereka bina.

Percaya atau tidak, bila kita buat sesuatu atau memilih sesuatu dengan adanya restu dari ibubapa, benda yang tak bahagia bagi kita tu pun boleh jadi bahagia. Sebab doa dan keberkatan tu ada. Bila parents itu sendiri restu, redha dengan sesuatu tu, keberkatan tu akan datang sendiri lepas tu. Yelah, ada pepatah arab cakap, “redha ALLAH tu terletak pada redha kedua ibu bapa itu sendiri”. Dan tak mustahil, dalam konteks perkahwinan ni, walau kita sayang macam mana pun pasangan kita, dan kita tetap berkeras nak kahwin, tapi restu ibubapa kita sendiri tak ada, benda tu tak akan mendatangkan bahagia kat kita walaupun kita dah bercinta lama. Ada sesiapa yang berpendapat macam aku jugak tak?
So yes! kelebihan nya, restu keluarga tu akan sentiasa ada dengan kita. Okay, next?

iii.                  Ibubapa terlebih dahulu makan garam.

Yaa, aku jadikan tittle ini sebagai sub point dalam tajuk besar penulisan aku hari ini, kenapa aku meletakkan perkataan ‘makan garam’ kerana, ibubapa kita dah terlebih dahulu wujud didunia ini berbanding kita, lebih lama menempuh segala bagai dugaan, terlebih dulu melihat ragam dan melalui sendiri asam garam kehidupan. So apa kaitannya kan? Kaitannya disini, mereka lebih berpengelaman menilai pilihan bakal menantu mereka. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Maksud aku kat sini, mestilah parents kita akan cari yang cukup rasional dari pandangan diorg, dari sudut sekufunya calon tu dengan kita, contoh bab agama, bab harta, bab rupa dan taraf antara kita dan calon tersebut. Ibubapa kita mestilah menilai dengan sebaik-baiknya. Bukan apa, biasanya pilihan kita sendiri ni, kadang-kadang lebih kepada pengaruh dari nafsu.  Bukan nafsu yang kearah hubungan suami isteri tu, maksudnya nafsu kita nak lelaki yang badboys ke apa, nak perempuan yang seksi apa smua tu lah maksud aku. Itu maksud aku pilihan kita lebih terpengaruh dengan nafsu. Get it?

So, ini lah antara sebab besar yang aku rasa kebaikan berkahwin dengan pilihan keluarga yang membuat kan aku rasa, aku boleh bersetuju dengan konsep ini, tetapi aku belum tulis lagi sisi buruknya perkahwinan ini, aku nak tulis, tapi entry aku akan jadi terlalu panjang and aku xsuka macam tu, nanti orang bosan baca dan aku pun malas nak menulis. So aku akan sambung part 2 nanti tentang keburukan berkahwin dengan pilihan keluarga.

Okay?  

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.