entry yang tak perlu dibaca.

July 12, 2017




Hari ni aku rasa nak share something personal sikit. Something yang datang dari pengalaman aku sendiri. Aku share dekat sini sebab ini je medium yang aku ada yang aku bebas nak tulis apa sahaja tanpa aku kisah siapa yang akan baca. Aku nak share dan aku nak orang lain aware dengan benda ni sebelum apa-apa yang serious berlaku.

Okay, intro aku serious gila kot. Hahaha.

Okay, aku Cuma nak share tentang kesanggupan untuk lakukan apa sahaja bila ianya diperlukan. Kesanggupan yang macam mana? Kali ni aku nak kecilkan skop kepada bab pekerjaan. Dalam hidup aku sendiri, aku berdepan dengan dua situasi.
- Pertama; sanggup untuk kerja apa sahaja bila perlu. Tidak kira pekerjaan tu bagaimana, hasilnya berapa, taraf pekerjaan itu apa, asalkan mereka peroleh rezeki dan tidak menanggung kesusahan.
- kedua; memilih pekerjaan, melihat kepada jenis pekerjaan, gaji dan hasil dari pekerjaan tersebut. Seterusnya memilih untuk berdiam diri di rumah asalkan tidak melanggar prinsip tentang maruah dalam bekerja.

Dua situasi ni bagaimana? Ada lelaki, yang dah umur dekat 70, masih membanting tulang untuk keluarga walaupun anak-anak dah bagi duit, sebab dia dah biasa kerja keras untu anak isteri.

Ada lelaki, yang baru umur 23, tapi dalam satu masa, buat sampai 2-3 kerja, sebab diri dia sendiri nak senang. Even dengan menjual burger. 

Ada lelaki, umur 40, siang kerja kerani, malam kerja guard, sebab nak keluarga lebih senang bila sampur dengan pendapatan dari isteri.

Dan, ada lelaki, yang baru umur 30an, kerja biasa-biasa, tapi harapkan isteri buat sampai dua tiga kerja supaya mereka senang. Dengan alasan, tak padan setakat kerja tambahan gaji 5-600. Baik duduk rumah, duit tak habis dengan dijadikan modal utk ke kerja ke dua. Tapi, duit tak bertambah.

Kenapa aku sebutkan tentang pekerjaan? Sbb aku dah pernah lalui kedua-dua situasi ni dan aku sendiri dah tengok kesan dari keduanya. Dan aku mengambil kesedaran dari kesan tu untuk aku tulis entry kali ni. Untuk aku share kesedaran ini. Dengan harapan, ada anak gadis di luar sana dapat amik isi dari entry aku kali ni.

Sebab? Sebab aku perempuan dan aku nak perempuan lain pun sama-sama amik berat pasal benda ni. Sementara kita masih bujang ni tak apa, sbb kita masih ada ayah yang tanggung kita, tapi bila kita dah kahwin? Kita kena survive sendiri. Okay, point aku masih berterabur. Tak kisah lah, hahah.

Aku sebenarnya nak luah apa yang dah jadi kat aku, tu je, tapi jadi meleret-leret tak ada point. Hmm.

Untuk aku dan sejantina dengan aku,
Kalau nak kahwin nanti, carilah suami yang sanggup bekerja keras untuk kita, cari lah suami yang sanggup lakukan apa sahaja untuk menyenangkan dan meringankan kesusahan yang ada dalam keluarga kita bila dia perlu lakukannya. Carilah lelaki yang tak betah hidup susah hanya kerana dia mempertahankan ego dia dalam hal mencari rezeki.

Cari lah suami yang sanggup siang malam mencari rezeki lebih bersama kamu, yang tak pernah merungut bila dia perlu bekerja lebih. Cari lah suami yang sanggup kerja apa sahaja asalkan dia dapat menyara kamu dengan rezeki yang halal asalkan bukan dia redha dengan apa yang ada dan duduk di rumah berkeluh kesah.

Carilah suami yang dia sanggup berjaga malam bersama kamu untuk mencari jalan dan berusaha bersama untuk membuat kehidupan kamu berdua dan ahli yang akan datang semakin senang. Percayalah cakap aku. Lelaki ini akan buat kamu bahagia.

Aku tak lagi berkahwin, dan aku masih belum ada bayang jalan kearah tu, tapi aku menulis menggunakan pembaris pengalaman, yang aku sendiri Nampak, dan aku sendiri merasai.

dan aku kesian, sungguh aku kesian dan marah bila situasi yang kedua berlaku. Lelaki, lahirnya kau didunia memang tak akan lari dari tanggungjawab untuk menyara dan memikul galasan berat kemana sahaja. Itu memang fitrah dan lumrah jantina lelaki. Dan beban+ tanggungjawab itu akan semakin bertambah tanpa menunggu kita dah cukup senang ke nak pikul beban tu. Bahkan, kita yang kena kejar tanggungjawab tu supaya kita tak ketinggalan dengan beban yang semakin berat.

Jangan, jangan dayus dalam ego kau sendiri. Bila kau dah galas tanggungjawab, tunaikan sebaiknya. Cari jalan penyelesaian, bukan duduk, amik mudah dan lepas tangan dalam bab mencari rezeki. Yang perlu ada dalam fikiran dan matlamat lelaki dari awal  itu ialah untuk menyenangkan kehidupan tanggungannya akan datang. Tak kira keluarganya, atau bakal keluarganya. Bukan duduk, goyang kaki, dengan harapan duit tu datang sendiri.

Aku tak cakap yang lelaki tu semata- mata kena fikir pasal bakal keluarga dia je. Sbb tu aku tulis mula2, yg aku sebut kat atas ni, keluarga dia dulu. Cukup lah ada org salah faham dengan aku, aku tak nak ada orang lain yang salah faham dengan aku. 

Hmmm, bila sampai sini, aku tahu yang entry kali ini bukan untuk aku sampaikan kesedaran kepada orang lain. Lebih kepada aku nak lepaskan beban dibahu sendiri. Dan aku malas nak fikir ayat lagi. Aku dan rasa lega lepas menulis kat sini. Sbb  Cerita yang aku cuba nak kongsikan belum apa-apa lagi dan di salah erti. Sekurang-kurangnya, paparan skirn ini terus menerima semua tulisan aku tanpa salah faham niat dan apa yang aku cuba sampikan dan yang aku cari.

Sampai sini sahaja. Aku tak harap ada yang baca sebab aku tak berniat nak share link entry ni kat mana-mana. Sebab ianya tak ada makna. Maksudnya tak akan pernah sampai seperti yang aku nak.

You Might Also Like

1 comments

  1. Nice entry:) Thanks sebab sudi share pengalaman and pendapat tentang skop ni. Bagi saya pon tu lah, kebanyakan lelaki sekarang dah mcm malas nak galas tanggungjawab. Bukan semua of course. But tu lah, susah juga nak cari yang betul2 sanggup nak kerja keras and gigih demi sara keluarga, org lain etch

    ReplyDelete

sisunglybetty. Powered by Blogger.