warna warni sihodoh : Bisik Pada Allah

July 02, 2017



Semalam raya ke 7, aku sempat tengok cerita Bisik Pada ALLAH, cerita pasal Adibah Noor  dengan Ziana Zain. Tapi itu bukan point aku nak tulis entry hari ni. Aku Cuma nak relatekan tajuk tu, dan scene kiah berdoa dalam cerita tu, dengan  reality aku yang aku dah cerita dalam entry baru ni. Kalau tak baca lagi, ni aku bagi link. Klik je perkataan ni, nanti entry ari tu akan keluar.

Okay, berbalik pada entry aku yang lepas, aku cakap pasal kekecewaan dan aku nak gabungkan dengan doa aku pada Allah. Aku dari dulu mintak dengan Allah, permudahkan jodoh aku, permudahkan urusan aku untuk bertemu, untuk disatukan dan diberkati perjalanan kearah perkahwinan.

Dan, sehingga hari ini, aku masih belum pasti sama ada bisikan aku pada ALLAH tu dah didengari atau tidak. Ada masa, aku rasa teramat kecewa. Kecewa kerana doa aku seperti tidak akan tertunai. Insan yang aku sayang, yang aku ingin jadikan teman hidup aku mcm tak kesampaian. Mesti akan ada masalah. Mesti ada yang tak kena. Ada je benda yang mendatang sebagai masalah. Dan akhirnya, benda tu tak menjadi.

Semakin aku mintak disatukan hati, semakin hati-hati itu menjauh. Perlahan-lahan hati tu pergi. Oh mo! Sedihnya jadi seorang anis. Hahaha. Dan bila aku terlalu berharap untuk disatukan dengan seseorang itu, mula-mula semua bersemangat, tapi xlama lepas tu, kekecewaan yang balas semangat yang awal-awal datang. Aku pun tak tahu kenapa.

Dan dari cerita semalam. Aku dapat tengok, dengan doa-doa dari Kiah tu, dan kematian dia banyak menyedarkan orang lain di sekeliling dia. Allah tu tak jawab terus pada kiah, tapi Allah jawab dengan sesuatu yang lebih besar, yang di luar kemampuan kiah tu sendiri dan kesan dia bukan hanya pada kiah, tapi pada semua orang. Jawapan yang sempurna.

Dari situ, aku Nampak. Yang mungkin Allah tak jawab doa aku kerana Allah dah atur yang terbaik untuk aku. Mungkin Dia tak takdirkan aku berjodoh sebab DIA dah takdirkan yang aku menghadap dia dulu. Dia dah takdirkan supaya aku tak mengharap untuk kahwin sebab aku ditakdirkan umur tak panjang. Jadi aku akan jadi hamba yang baik untuk cukup bekalan bila bertemu dengan Dia. Supaya satu hari nanti, bila aku ditakdirkan mati, ada insan2 lain kat luar sana boleh dapat maksud yang aku cuba sampaikan kat tulisan aku ni. Supaya mereka jadi hamba yang lebih baik dan lebih berlapang dada macam aku.

Atau mungkin juga Dia sedang simpan jodoh yang terbaik untuk aku. Supaya satu hari nanti, aku dapat sampaikan pada orang lain pengajaran yang aku dapat ini. Supaya 10 tahun akan datang, bila aku baca entry ni, aku akan sujud syukur pada Allah kerana melambatkan jodoh aku. Mungkin kalau aku kahwin umur 20, aku dah jadi janda sekarang. Jadi Allah lewatkan jodoh aku tepat dengan kehendakNya. Aku tahu, setiap yang ALLAH tetapkan tu, ada hikmah tersendiri.

Atau Dia dah takdirkan aku tak berjumpa jodoh sehingga aku habis berkhidmat pada orang tua aku. Dia sudah takdirkan yang aku tak berkahwin sampai tua supaya aku dapat menjadi seorang anak yang berbakti sepenuhnya pada orang tua aku.

Saat aku menulis ni, aku dah berlapang dada. Aku tak lagi berharap pada yang sentiasa mendapat baris khas dalam doa aku. Aku belajar untuk tak bersedih lagi bila mempersoalkan tentang jodoh. Aku tak akan bersedih lagi bila orang labelkan aku tak laku dan sebagainya. Aku serahkan semuanya pada yang atas sana. Dia lebih berkuasa.

Kadang-kadang aku letih menjadi orang yang kecewa. Kecewa kerana setiap harapan dan impian aku seakan-akan hampir kesemuanya sudah terkubur. tapi aku tahu, dia sentiasa mendengar bisikan kecil aku dan segala kemahuan aku. Cuma mungkin Dia masih belum mahu perkenankan permintaan aku.

Yang utama, Aku tak akan putus asa, untuk sentiasa berbisik pada Dia.

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.