warna-warni si hodoh : Kekecewaan

June 17, 2017






Kekecewaan.

Dulu, masa aku kecik-kecik, masih lagi hingusan, masih lagi kanak-kanak perempuan, aku selalu dengar orang bunuh diri, cubaan membunuh diri, membunuh orang lain, cubaan membunuh orang lain atau perkara-perkara diluar batas permikiran yang waras sebab kekecewaan hidup. *scarynya tiba-tiba cakap pasal mati* haha. Tak kira sama ada sebab kewangan atau sebab kerjaya atau sebab cinta atau sebab gagal belajar atau saja-saja nak mati  dan lain-lain. Dan kebiasaannya, pokok pangkalnya disebabkan kekecewaan atau kegagalan.

Bila aku dah besar, even tak ada lah besar mana pun. Aku baru 23 tahun. Tapi bagi aku, 23 tahun bukan lah satu angka yang sikit walaupun ianya sikit kalau nak dibandingkan dengan angka 30,40,50, 63 tahun ke kan. Tapi, ianya sendiri sudah cukup besar bagi aku bila aku tengok balik aku 5tahun yang lepas, 10 tahun yang lepas atau 15 tahun yang lepas. Cukup untuk aku rasa yang aku sudah perlu jadi dewasa. Aku bukan lagi seorang kanak-kanak perempuan. Tapi sudah menjadi gadis, atau wanita mungkin? Iyyyuuuu gelinya hak hak!

Okay, serious semula. Bagi aku, bila aku dah dewasa, aku Nampak bertapa besarnya impak kekecewaan dalam satu-satu situasi/atau keputusan yang nak dibuat. Kekecewaan ini yang lead jalan untuk satu-satu keputusan tu dibuat. Cuma bezanya, sama ada keputusan yang dibuat tu baik atau sebaliknya. Kalau baik, maka hasilnya positif. Kalau tak, sebaliknya macam aku sebut dekat perenggan pertama. Kekecewaan ni jugak aku rasa ada dua, sama ada dia balik semula pada Allah atau dia hanyut bagai tak bertuhan.

Dan, aku tak pernah mengalami kekecewaan yang melampau gila tahap tak ingat dunia sehingga lah satu saat, ada something yang buatkan aku teramat-amat kecewa dan buatkan aku sedar tentang apa yang aku terangkan tadi pasal kekecewaan. Aku tak ada lah nak buat keputusan sampai nak bunuh diri ke apa, hahaha. Cuma aku kecewa. Itu sahaja. Kalau seandainya korang dapat baca sampai perenggan ni, maksudnya, akhirnya aku post benda ni. Sebab aku rasa nak post entry ni, tapi aku rasa macam tak nak. masyaAllah complicatednya. Post dengan tak nak post pun jadi isu. Anis… Anis….

Okay, kalau siapa yang kenal aku, pasti akan tahu yang aku ada target nak kahwin awal. But yeah, here I am! I am 23 right now gais! Kalau ikut calendar hijrah, aku dah 24tahun. Aku lahir tahun 1414.

Okay sampai sini je aku nak share untuk sementara ni yang lain aku simpan dalam draft, sebab aku tak decide lagi nak share atau tak…… dah dua tiga hari benda ni mcm kacau fikiran aku. So tengok lah nanti, aku nak share ke tak. Kbai.

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.