puisi tanpa nada : perempuan itu.

June 13, 2017




Perempuan itu Cuma kawan
Dengan perasan,
Atau di sebalik artinya,
Dia Cuma di anggap beban.

Perempuan itu Cuma kawan,
Yang dibual tentang jalan  hubungan,
Atau disebalik artinya,
Dia Cuma bersendirian.

Perempuan itu Cuma kawan,
Yang ingin berkongsi impian,
Atau sebalik artinya,
Dia Cuma anyam angan-angan.

Perempuan itu Cuma kawan,
Yang berharap berkasih di masa hadapan,
Atau sebalik artinya
Dia Cuma hidup dalam dongengan.

Perempuan itu Cuma kawan,
Yang penuh dengan harapan,
Atau sebalik artinya,
Dia lupa kewujudan Tuhan.

Dan perempuan itu berharap lebih dari kawan,
Kerana dia pegang pada doa dan usaha pada Tuhan.

Ya, perempuan itu Cuma kawan yang berharap lebih dari kawan,
Sama ada Sayang atau beban.


You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.