Warna-Warni Si Hodoh: What's in my makeup bag!

November 05, 2017






yeayyy! Akhirnya aku update blog. Punya lah maleh nak menaip. Even tak ada benda nak share tapi I really need to push my self to write something here consistenty atau bahasa lainnya istiqamah duhai sistur!

Dan, di sebabkan malas nak tulis entry yang berat dan penuh dengan bait emosi, makanya jadi lah entry pemalas ini. Yakni………… *sound effect drum*

WHAT’S in my makeup bag [ read : makeupbag yang tak ada makeup]

Acah je lebih gambar intro kat atas.

Hahaha! What do you expect from niqabi girl like me kan! Ini hah the real what’s in my makeup bag nya! Haha.

Okay, meh anis senaraikan, apakah yang ada dalam bag anis even tak ada siapa peduli. Heh, tak kisah pun, sebab just nak update blog je. Tapi sebelum anis share, actually sebagai gadis biasa, ada masa aku pun teringin nak ada skincare product bebanyak mcm orang lain. Pakai mcm2 kat product kat muka sebelum pakai tudung nak bagi lawa.

But wait!!!!! tak ada sapa nampak pun sebenarnya. So kalau aku teringin nak beli apa-apa, maka aku akan batalkan niat aku straight away. Sebab mcm membazir je kan kalau beli? Sebab dah tahu tak pakai sangat dan dah tahu tak nampak pun sebenarnya. Tapi as a ordinary girl, normal lah kalau rasa macam tu.



Okay, move on kepada item apa yang ada dalam bag anis sebenarnya.

1. Argan Hair oil. So far pakai oil ni sumpah best gila. Sebab apa? Sebab dia xberminyak macam pakai minyak zaitun. Anis biasa guna minyak zaintun, tapi tekstur dia berminyak sangat dan rambut rasa xselesa even dia melembapkan rambut. Dan disebabkan anis dah melalui dua kali pembedahan dalam hidup, jadi rambut asyik gugur disebabkan makan ubat, dan effect kepada steroid yang anis ambil dan ubat bius. So, kita orang perempuan, mesti nak jaga rambutkan?

2. CC cream. Anis beli sebab terliur dari baca review orang. Dan dia ada SPF! Hahaha sbb orang pakai purdah mcm anis ni je faham mcm mana tak nice bila burn separuh je kat muka. Part dahi gelap, bahagian pipi okay pulak. Haha mcm cacat je. Dan anis beli sebab yang ni xnampak mcm pakai apa-apa. Warna dia langsung xnampak. So okay lah.

3. Cuka Apple. Yang ni tak boleh tinggal. Sumpah cuka apple ni penyelamat hidup. Untuk jerawat ke, pores ke, penyakit lain ke. Semua boleh. Anis jadikan cuka apple ni sebagai toner sbb kulit anis xlawa, jadi nak lawakan, kena ada benda ni.

4. Mascara. dua mascara ni sumpah best sangat sebab dia xnampak mcm kita pakai mascara. Dan anis pakai bila rajin dan bila nak keluar je. Kalau tak. Malas nak usik benda ni.

5. MINYAK ZAITUN NYAWAKU! Anis tak ada mosturizer ke pelembap apa2 ke, primer ke apa. Anis cuma guna minyak zaitun untuk segala benda dalam hidup ani. Korang cuba lah jadikan amalan sapu minyak zaitun kat muka, sumpah korang akan rasa perubahan dia. Dan anis akan pakai minyak zaitun ni selepas pakai cuka apple. Tapi cuka apple pakai sebelum tidur je. Jadi kalau pergi kelas ke apa, anis pakai minyak zaitun ni je, then pakai bedak, xpayah dah nak pakai foundation ke apa, rosak kulit! Hahaha

6. minyak cap kapak.  Yang ni semestinya kena ada sebab keperluan kot.

7. eye drop. Ini pun penting sebab anis punya uni dalam bangunan air cond sepenuhnya, mmg xde udara luar, jadi kata cepat kering apatah lagi bila pakai speck.

8. koyop! Mcm tu kot eja, haha ini pun penting. Lagi penting dari makeup kot.

9.  bedak compact. Yang ini cuma lah hiasan semata-mata. Hahahaha! Beli sebab kononnya nak ada bedak compact. Pakainya idok! Hahaha sebab bebdak baby jonhson lagi best kot.

10. dermatic. Ini pun must have item dalam kehidupan sebab kononnya nak cantikkan. Tapi parut jerawat dah gaya mcm kain polka dot kat muka. Bersepah dot nya, jadi kena lah pakai something untuk hilangkan. Ini pun ada orang belikan.

11. Pin . hahaha  yang ni kat mana-mana dia ada, sebab sekejap je lesap. Jadi kalau beli yang ada pin comel2 membazir sbb cepat hilang, maka beli yang xde kepala mcm ni.

12. PEMADAM? Wait what! Kenapa ada pemadam. Hahahaha anis pun tak tahu.

13. Eyelashes curler. Semua orang tahu function dia apa.

14. selfie ringlight. Haaaa ini bukan untuk selfie, tapi untuk jadi torchlight anis dan untuk emegency. Sebab anis takut gelap. So…. perlu ada lah kan.

15. speck. Anis seorang yang rabun.


Dan…… itu shaja untuk entry kali ini. Sekian hahaha. Untuk siapa yang baru tahu blog anis wujud, boleh lah belek entry2 lama kalau korang tak ada kerja nak buat. Okay? Blog ni dah nak 6 tahun, tapi…. entah apa je yang ada dalam ni.

Okay lah. Babai dan terima kasih sbb baca sampai habis even tak ada benda bermanfaat pun.

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.