Warna-Warni si Hodoh : Dalam hati.

October 09, 2017





assalamualaikum.

dah lama tak menulis secara nampaknya di screen. dah lama jugak tak menulis yang perkataannya di eja satu persatu di papan kekunci. dah lama terasa. Tak tahu kenapa, tapi menulis dalam kepala berdepa perenggannya lagi mudah aku rasa berbanding tulis kat sini. Mungkin sebab aku tak perlukan tenaga, pergerakan, elektrik dan sebagainya untuk siapkan satu entri dalam kepala aku.

Aku cuma rasa nak menulis malam ni. Panjang atau pendek tu aku sendiri tak boleh jamin sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku cuba nak sampaikan. Kalau panjang mintak maaf kapada yang membaca *kalau ada orang baca* dan kalau pendek mintak maaf jugak sebab dah buang masa korang dan quota internet untuk entri yang aku sendiri tak tahu kesudahan dia masa aku tulis ni.

ingat tak dulu aku pernah tulis entri pasal Confess?

Kalau tak baca lagi, ni aku bagi link. klik je.



mungkin aku tak patut post entri ni. tapi aku post jugak. Aku tak kisah.

hmm, Aku ingat aku dah serik lepas kena kali pertama. Tapi mcm tak. Tapi aku tak confess kali ni. ada rasa sebahagian dalam diri aku ni ckap yang aku perlu matang. Kalau aku suka, tak semestinya aku perlu cakap, dan tak semestinya juga untuk aku luahkan. Sebab mungkin aku kena reject lagi.

tapi, aku tak suka hubungan tak bertujuan dan tak berstatus. Untuk umur macam aku, aku bukan lagi nak ajak couple mcm budak-budak. Bukan aku mintak hubungan yang bila dah declared, tukar panggilan, kena gayut setiap hari, mcg sayang-sayang apa semua tu. Kluar gi dating apa smua tu.

Bukan. 

Aku bukan budak-budak lagi nak semua benda tu. Cuma aku nak rasa yang hubungan tu seakan ada jaminan walaupun sebenarnya tak perlu semua tu. Tapi aku nak semua tu. Untuk aku rasa puas hati. Bukan hubungan yang aku sendiri tak tahu nak letakkan sebagai apa, bagaimana, untuk apa dan segala mcm persoalan. Bukan berkawan dan macam lebih dari kawan, atau xmacam kawan tapi tahu nak sandarkan pada jenis apa. Letih nak fikir.


Ada rasa takut dalam hati aku, seandainya satu hari nanti, dengan mudah kau akan cakap " laaa... kita kawan je. Kita mana pernah declared apa2".

Haha.

Haha.

Haha.

Tu je yang aku mampu gambarkan kalau situasi tu berlaku.

Tapi, bila aku fikir-fikir balik. Mungkin mentaliti aku salah. Benda tu tak penting pun. Cuma aku yang pentingkan diri sendiri nak semua tu. Sedangkan, dalam satu perhubungan tu ada dua pihak yang perlu bertolak ansur, bukan cuma aku sebagai pihak nak semua ikut cakap aku. Tapi, dari mana datangnya istilah dua pihak tu kalau hubungan tu pun tak pernah wujud. Kan?

Ya, mungkin aku salah.
dan, Mungkin jugak aku betul.

Tak apa lah. Macam yang pernah post sebelum ni. aku anggap je benda ni sebagai penguat untuk aku.
Untuk aku buat keputsan.

Sama ada usaha lagi atau melangkah pergi.

Situasi ni umpama iron panas. Mungkin pada kali petama dan keduanya aku tak merasa serik lagi dengan kesakitan dan kepansan iron tu. Nanti bila aku dah rasa letih, aku akan berhenti sendiri tanpa disuruh. Atau mungkin aku cuma perlu tukar kepada ironless shirt. Supaya aku tak terkena dan terkena lagi.


sedang usia 23 ini, aku seakan sudah semakin letih. Untuk mencari, cuba untuk dimiliki. Mungkin semuanya punca dari bahagian buruk diri aku yang aku perlu tukar. Atau mungkin takdrinya bukan untuk aku. 

Semoga aku akan terus kuat untuk mencuba, atau terus kuat untuk melangkah pergi dari mereka yang dalam diri tak pasti dengan aku atau yang ego tak mahu mengaku atau yang malas untuk menggenggam dan mencuba usaha.


aku perempuan, dan aku letih untuk terus bersuara.










You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.