warna Warni Si Hodoh : cerita dalam cerita

September 14, 2017



Dalam cerita itu punya cerita.

Bila dulu, aku menerima semua, dengan hati terbuka aku terima segala yang diberi,
Akhirnya, bila benci, aku di caci, di bilang kikis sehingga jari.

Sedang awalnya bilang memberi kerana sayang kerana cinta.
Itu ini dibeli. Sudahnya bila tak sudi, canang sana sini ungkit segala yang diberi.

Kemudian mereka tanya mengapa kini aku tak sudi terima lagi.

Ya, sebab aku pernah menerima dan aku juga lah yang menerima kata benci dari yang mula memberi.
Dan sebab ini buat aku jadi sensitif,
Buat aku takut digelar begitu lagi.

Yang aku ungkap itu cuma gurauan dari hati, selagi belum mati, aku cuba untuk tak menerima apa yang bukan selayaknya memberi.

Dan,

Bila dulu, aku susahkan pada yang peduli,
Di bilang sayang dan kasih.

Kononnya membantu kerana selayaknya pada diri,
Di panggil kekasih pujaan hati, maka serba serbi ingin membantu. Sebab selayaknya dia untuk membantu.

Akhirnya bila benci, juga dicanang sana sini,
Bilang aku tak tahu sedar diri, menyusahkan dia setiap serbi.

Kemudian mereka tanya kenapa semua aku buat sendiri.

Ya, sebab aku pernah meminta dan bergantung harap juga lah membuatkan aku kembali mengerti,
Yang pujaan hati juga punya hati, punya rasa tak ingin bantu dengan menggunakan diri.

Kalau mereka tahu peritnya rasa dibenci,
Seksanya mendengar caci yang kebenarannya cuma ada pada diri,
Mereka akan mengerti mengapa, bagaimana dan apa rasanya dibenci.

Bukannya nanti mati dan ingin gali kubur sendiri.


You Might Also Like

1 comments

  1. singgah sini
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/09/lia-de-oven-perkhidmatan-surprise.html

    ReplyDelete

sisunglybetty. Powered by Blogger.