mengalah.

April 10, 2018




Selama aku hidup dan melalui fasa perhubungan, benda paling sakit yang aku rasa ialah mengalah.
Bukan lah aku rasa yang mengalah tu buat aku jadi sakit hati atau benda yang tak baik sebab ianya adalah satu benda yang kau sangat perlukan dalam perhubungan kau.

Tapi, bila mana kau, kau , kau, dan kau lagi yang mengalah.
Bila mana kau, kau , kau , kau , kau dan kau lagi yang perlu memohon maaf.
Itulah yang aku maksudkan dengan ayat pertama aku.

Tak salah mengalah, tak pernah bila mengalah ni jadi satu kesakitan dan kesalahan. Cuma bila ianya terlalu selalu yang membuatkan rasa sakit tu datang dengan sendiri. Bila selalu mengalah ni, benda pertama sekali yang kau akan rasa ialah letih.

Letih bila kau kena mengalah. Even bukan salah kau, dan kau tahu kau tak salah, tapi, kau yang terlebih dahulu minta maaf sebab kau tak nak panjang kan hal, xnak dari yang kecik jadi besar. Sehinggakan, kau bukan sahaja teringin nak mendengar ucapan maaf dari pasangan kau, tapi sehingga tahap kau kemarau dari mendengar ucapan tu.

Bagi aku, tak kisah macam-macam mana sekalipun satu-satu situasi antara kau dan pasangan kau, akan ada salah dari kedua-dua belah pihak. Tak mungkin hanya dari sebelah pihak sahaja. Dan tak salah pun kalau satu pihak tu dah mintak maaf, dan satu pihak lagi pun minta maaf juga. Tak salah.
Jangan, jangan pernah bagi pasangan tu rasa yang hanya dia sahaja yang salah dan jangan bagi ada satu belah pihak sahaja rasa dia sahaja yang betul.

Dari letih tu, kau akan berubah kepada sakit.

Sakit bilamana sampai satu saat, kau dibiar sepi, sehingga berminggu lamanya, dan akhirnya kerana satu situasi, atau satu hal macam birthday ke apa, kau kena cari pasangan kau yang langsung tak ttunjuk dia peduli kat kau.

Tahu tak sakit dia macam mana. Hmmm. Sakit. Sakit sangat rasa dia. Sampai ada masa, bila aku kena situasi mcm ni, aku tertanya-tanya, siapa aku kat mana dia sampai aku yang kena menglah dulu sedangkan aku sendiri tahu yang sakitnya bila mengalah tu perit.

Rasa macam rendahnya taraf aku bila aku sorang yang mcm terhegeh-hegeh cari orang tu dulu sedangkan dia sikit pun tak pernah cari aku, apatah lagi nak tunjuk penting ke tidak aku dekat dia. Rasa macam, siapa je aku kat mata dia sampai aku yang kena mulakan dulu lepas dia biar je aku mcm tu. Ada sudut jahat dalam hati aku bisik, puaslah hati dia bila aku yang cari dia dulu. Bahagia lah kau atas air mata aku yang perit dan sakit lepas kau biar aku macam tu je. Ini ke bahagia yang kau janjikan untuk aku walaupun aku tak pernah dgr janji tu.

Sakit, ya aku sakit.
Menangis, ya aku menagis.
Putus asa. Ya aku putus asa.
Bodoh, ya aku terasa aku bodoh.

Cuma aku bertahan, sehingga mana aku mampu.
Sampai saat yang sakit parah itu akan mati. Jadi aku tunggu, sampai bila aku mampu menanggung sakit sampai segalanya mati.

Puas lah hati. Dan ya, aku akan ingat tarikh ini.

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.