Pengalaman menjadi siburuk rupa - Bahagian 1

July 08, 2018




Antara benda yang aku tak nak share dan aku rasa benda ni tak perlu pun share sebab, siapa yang kisah kan? Tapi bagi aku yang hidup menjadi seorang yang tidak cantik, ianya sesuatu kisah untuk aku. Kisah yang hanya mereka senasib aku sahaja yang tahu.

Aku tak pernah open dekat orang tentang benda ni sebab aku rasa benda ni macam terlalu personal dan terlalu sensitif. 

Sebelum aku tulis panjang-panjang, aku explain awal2 dulu. Aku tak rasa diri aku hodoh, buruk atau tak cantik. Bila aku berdiri depan cermin, aku rasa aku okay je. Sebab hidup kits ni, kalau kita bandingkan dengan yg lebih atas dari kita, kita tak akan pernah rasa cukup dan bersyukur, tapi tengoklah dibawah kita dan hargai apa yang kita ada. 

So kalau aku comparekan diri aku dengan orang yang cantik, sampai ke tua lah aku akan rasa aku tak cantik. Tapi bila aku tengok realiti kehidupan, aku bersyukur dengan apa yang aku ada, sebagaimana yang Allah kurniakan aku dengan raut wajah sebegini, sebegitulah aku bersyukur.

Tapi, cantik itu subjektifkan? Ada orang nampak kita cantik, ada orang nampak kita tak cantik. Normal lah kan? Sebab mata orang ni lain2 padangannya. Cuma mungkin aku lebih banyak jumpa orang yang nampak aku kurang cantik berbanding dengan cantik, which is aku okay je sebab aku rasa, aku tak cantik. 

Sekeliling aku yang bagitahu, bahawa aku tak cantik.

Aku share semua ni supaya ada sesiapa yang pernah rasa macam aku, boleh jadi kuat dan tak lalui semua benda ni sampai korang besar. Tak ada siapa dalam dunia ni berhak nak cakap korang tak cantik. Ingat tu!

Dari aku sekolah dulu, aku selalu kena ejek sebab kening aku. Sebab aku tak cantik, tak hot, tak bijak so benda tu macam pakej lengkap, siap ada freegift lagi hahaha. Beli satu percuma sepuluh lagi tau!



Masa sekolah dulu.... 

belum tulis lagi ni, cukup sekadar aku recall balik memory tu pun dah buat aku rasa sedih, but, its part of my memory, and its kind of nice too to look at back. Sebab aku rasa aku kuat utk overcome benda tu.

Masa sekolah dulu, gelaran apa aku tak dapat? 
Shin chan? Shinbei? Hagimaru? Spoiler gambar? Ya, tu semua gelaran biasa bagi aku.

Untuk gadis yang baru berumur 13tahun, bukan lah benda yang indah untuk memulakan perjalanan zaman remajanya dengan gelaran-gelaran macam tu. seriously TAK!

Imagine lah, sambil kau jalan, kau dengar je senior2 bagi kau gelaran tu. Kau tahu je yang kawan-kawan sekeliling kau pun gelakkan kau dengan panggilan tu. Aku tahu, aku dengar panggilan halus tu. Cuma aku buat-buat macam aku tak dengar sebab aku sebenarnya tak tahu nak bagi reaksi macam mana.

Masa sekolah dulu, aku sekolah perempuan semua, dan senior2 top yang mcm another queen in our school ni, kadang-kadang diorg slumber je panggil kau macam tu. Kau tahu benda tu memang dituju untuk kau. Apa kau nak buat masa tu? Nak nangis depan diorg? Nak lawan balik? Nak perli balik? Memang tak lah kan. 

So aku just buat-buat aku tak dengar dan benda tu aku pendam dan sampai sekarang benda tu tak boleh padam dari otak aku. Aku ingat setiap senior yang panggil aku macam tu, aku ingat setiap kawan yang gelak sama dgn senior bila senior panggil aku macam tu. aku ingat semuanya, sebab aku membesar dengan memori tu.

Then, antara memori yang sangat segar dalam ingatan aku yang aku ingat dan buat aku rasa rendah diri sampai sekarang ialah, time tu jamuan raya asrama aku. Dan aku tahu benda ni bukan salah diorg, cuma salah aku sebab jadi orang yang tak lawa.

Tapi... kejap2, aku rasa macam dah panjang sangat, so sabar kejap, nanti upload part 2 okay?

You Might Also Like

1 comments

  1. tiba2 rasa mcm tak sabar nak baca part 2 .hahahah

    ReplyDelete

sisunglybetty. Powered by Blogger.