Pengalaman Menjadi Siburuk-rupa ; Bahagian 2

October 27, 2018


Assalamualaikum korang, dah lama janji nak upload, haha tapi tak upload jugak...sorry.

Okay, ni part dua, sambungan pada post aku yang sebelum ni. Kalau korang belum baca yang bahagian satu, boleh klik perkataan ni dan korang akan terus ke post aku bahagian pertama.

Masa jamuan raya, of course lah ada tangkap gambar dengan geng korang yang korang rapatkan? Ya, aku pun amik lah gambar dengan geng aku, kitorang tak ramai pun. Cumanya semua diorang tu lawa. Dan dalam sminggu lepas tu kot, aku tgh nak tunggu lelap kat katil. Dah pejam mata, but still tak tidur lagi sebenarnya. Then.....

A : weyh * call B’s name* cantik tak gambar raya kita ari tu? 
( gambar raya amik dengan phone dia tak silap aku, ke camera, lupa dah)
B : comey, cuma spoil lah gambar...... jadi tak cantik sebab ada tuu... 
( aku tak tahu dia tujukan kat sapa)
A : ehhh tak baik ckap macam tu, kalau dia tak tidur lena lagi macam mana?

Which is I AM! Aku tak lena pun lagi time tu.

Korang boleh imagine apa perasaan korang  masa tu kalau jadi aku? Bertapa buruknya aku sampai jadi spoiler kepada semua gambar raya kitorg. Can you imagine how bad it is?

Mengalir air mata aku masa tu, kiranya kitorg satu geng kot, even aku kurang rapat sikit dengan dia, tapi, kitaorg makan sama-sama. Study sama-sama. Basuh kain sama-sama, time tu kat skolah tu, diorang je kawan aku yang paling aku rapat yang aku tak expect kedatangan aku jadi perosak kepada gambar tu.

Bermula dari saat tu, aku tak pernah percaya dah kalau tiba-tiba kawan aku yang lain cakap aku cantik ke apa. Aku tahu tak adil untuk aku samakan semua orang macam dia. Tapi aku trauma. Aku jadi susah nak percaya pendapat orang berkenaan dengan cantik apa semua ni.





Dan semakin hari, aku semakin percaya yang aku buruk. Aku tak cantik dan aku cuma akan rosakkan gambar orang je kalau aku join. Disebabkan tu lah, kau susah nak join kalau orang bergambar. Sebab macam2 rasa yang aku rasa kalau aku berada di situasi macam tu.

Tahap keyakinan diri aku semakin rendah bila berdepan dengan orang, hari demi hari, tahun demi tahun. Tapi walaupun kau rasa aku buruk, aku tak cantik. Aku tak pernah kisah apa yang orang cakap pasal fizikal aku.

Aku cuma rendah diri sebab aku percaya apa orang sekeliling aku cakap pasal aku, tapi bila depan cermin, bila aku sorang2, aku tengok aku sendiri, aku tak rasa aku hodoh sebab tu aku macam tak amik port sangat dan tak adalah sampai malu nak jumpa orang, atau tak nak berkawan dengan orang ke apa. Sebab aku rasa aku cantik, cuma belum jumpa orang yang rasa aku cantik.

Bila orang cakap pasal kening aku masa aku sekolah dulu pun aku tak amik port. Sebab aku menghadapi dua situasi pasal kening aku. Yang sebaya dengan aku, rata-rata semua ejek pasal kening aku. Tapi bila aku jumpa makcik2, pakcik2, nenek2 atuk2, semua cakap kening aku cantik. Nak pinjam bawak balik lah, nak bagi kenan kat anak lah, kat cucu lah. Jadi aku malas nak amik port sangat kalau budak skolah aku ejek. Sbb aku rasa diorang tak nampak benda tu sebagai kecantikkan.



Jadi, aku membesar dengan satu mind set yang dimata orang, aku tak cantik.
Kalau kat kelas, aku macam xkissh kalau tudung tak jadi, tudung senget ke apa, bagi aku, kalau orang tak cantik, buat macam mana pun tak cantik. Jadi aku tak ada lah nak usaha sangat yang terbaik untuk diri sendiri. Sebab rasa macam ianya tak akan ubah apa2 pada aku.

Aku rasa semua tu buang masa, rasa macam, malas dan tak ada semangat nak jadi cantik. Cuma asalkan aku tak selekeh sangat. Tu sahaja yang aku macam pentingkan. Lagipun, masa tu macam tak matang lagi, hingusan lagi, macam tak peduli pasal diri sendiri. Belum lagi apply konsep “ love yourself first “ yang sebenar lagi.

Bila dah masuk diploma....

Okay sambung part 3 pulak nanti. 





You Might Also Like

3 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.