wajah dan bahasa.

April 12, 2015

apa guna wajah indah kalau bahasanya celaka?

bila bercakap, fikir ttg bahasanya.
jgn sampai indahnya kita sebagai perempuan tercalar.
fikir lawa ke klau amalkan maki-makian ni?
dah la bahasa tu guna makian kelas pertama lak tu.
fikir lawa?

kadang2 aku pelik, xrasa pape ke bila maki orang dgn makian yg kesat?
aku xsuka org maki2 ni, kalau setakat bengong, and so on tu tahan lagi.
tapi ini tidak, bahasa nya kasar.
sial? celaka? f***? dan lain2.

aku nak share apa yg aku rasa. aku pernah duduk dgn orang yg maki dan sumpah seranah tu umpama zikir dekat mulut. tak tipu. sehari dua aku boleh tahan, tapi bila lama2?
rasa dada aku sesak, rasa xtenang, rasa serabut, rasa nak marah,, itu xkena ini xkena.
masa tu aku rasa, mungkin aku ada buat salah, sbb tu aku xtenang, tapi bila aku fikir2 balik, aku jadi mcm tu cuma masa aku duduk dgn dia je.
lepas tu aku buat kesimpulan sendiri.
bila kita duduk dlam persekitaran yg bahasanya kesat, kasar, secara tidak langsung, ia akan mempengaruhi suasana sekeliling kita.

sesak bhaii. xde ketenangan mcm tu.
sedang org dengar pun dah sesak ini kan lagi kau yg melafazkan.

indahnya islam itu pada bahasa.
kenapa aku ckap mcm tu?
sebab Allah dah tunjukkan pada kita bertapa indah nya Al-quran. pada bait-bait setiap lafaz pada maksud yang tersendiri.
kita baca Al-quran stiap hari , dalam solat. then why not kita xboleh berbicara seperti indah nya Al-quran?

cuba bayang kan, xpayah bagi contoh lain lah, cuba bayang kan aku, perempuan yg pakai niqab mcm aku ni, tiba2 bercakap, aku sebut f**k.
apa pandangan org sekeliling yang mendengar?
cantik ke mcm tu?
indah ke begitu?

#siscumabertanya

You Might Also Like

0 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.